Sunday, February 3, 2013

Sharing Session with IMs...

IM Mas Hafizul di Kejohanan Catur National Age-Group 2013

Semasa berlangsungnya National Age-Group Chess Championship 2013, satu sesi perkongsian bersama 2 IM dari Malaysia telah diadakan pada hari kedua kejohanan bertempat di Seminar Room 2, Undercroft, Chancellor Complex UTP. Sesi yang sepatutnya berlangsung selama 1 jam berlarutan sehingga hampir 2 jam. 

2 orang IM yang menjadi tetamu undangan sesi ini ialah IM Mas Hafizul Helmi dan IM Mok Tze Meng dan sesi ini dipengerusikan oleh Hairul Abdul Hamid. IM Mas Hafizul Helmi telah berkongsi beberapa ilmu dan tip-tip penting dan turut berkongsi permainan yang menjadi kejutan bagi peminat catur tempatan apabila beliau berjaya menewaskan pemain legenda, GM Victor Korcnoi dari Switzerland dalam pertandingan catur Olimpiad pada tahun 2006. IM Mok turut berkongsi analisis beliau tentang kemenangan besar beliau ke atas GM Loek Van Wely dari Belanda pada kejohanan Olimpiad baru-baru ini. Analisis ini turut pernah disiarkan dalam blog ini.
Moga-moga sesi ini akan memberikan motivasi kepada generasi pemain muda dan akan lahir lagi lebih ramai lagi IM pada masa yang akan datang.

IM Mok & IM Mas...
IM Mas menerangkan tip-tip penting....
Pavitranayagi dari KL vs IM Mas Hafizul Helmi


No comments:

Post a Comment