Emanuel Lasker. Source : wikipedia |
Emanual Lasker merupakan pemain dari German yang pernah menjadi juara dunia selama 27 tahun sebelum tewas kepada Capablanca. Terdapat satu pesanan dari Lasker yang ingin saya kongsi dalam permainan saya di bawah : "When you see a good move, look for a better one". Sekiranya anda telah menemui gerakan yang baik, sebaiknya anda cuba mencari gerakan alternatif yang lebih baik dari gerakan itu. Dengan kata lain, banyakkan bersabar, dan sentiasa membandingkan beberapa gerakan baik yang ditemui untuk memilih yang terbaik!
Berikut ialah permainan saya dalam kejohanan catur Grand Asian Chess Challenge V pada tahun 2000. Dalam permainan ini, saya telah bertemu dengan pemain dari Filipina, Arnulfo Gavilan Jr. Permainan agak seimbang, meskipun putih memiliki sedikit kelebihan sehinggalah saya terlepas peluang terbaik saya pada gerakan ke-15 untuk menghukum kesilapan putih dan seterusnya saya tewas dalam permainan ini. Kesilapan ini adalah kerana terlalu yakin tentang gerakan yang saya lakukan kerana sudah memikirkannya dari awal lagi, sedangkan terdapat gerakan yang lebih baik untuk dilakukan sekiranya saya bersabar dan tidak tergesa-gesa melakukan gerakan itu.
Tenang & tidak tergesa-gesa... setenang air lautan Venice... |
Putih : Arnulfo Gavilan Jr. (Filipina)
Hitam : Abd ur-Rahman Mohamed Amin (Universiti Islam Antarabangsa Malaysia)
Kejohanan : Grand Asian Chess Challenge V, Universiti Malaya.
Tarikh : 14 Oktober 2000
1. e4 c6
Caro-Kann! Saya sangat jarang menggunakan pertahanan ini. Saya cuba bermain fleksible dan tidak mahu memilih line-opening yang sharp kerana memikirkan lawan yang datang dari Filipina yang sudah pasti akan bermain agresif dan cukup suka bermain open position dan sharp opening.
1.e4 c6 |
2. Nc3 g6
Cuba bermain fianchetto Bishop, ala modern Opening...
3. Nf3 Bg7 4. Bc4 d6
Pilihan yang agak pasif... Terasa kurang yakin untuk bermain open position selepas 4...d5 5.exd5 b5 6.Bb3 b4 dan ...cxd5
Selepas 4...d6 |
5. O-O Nd7 6. d4
Putih menguasai centre dengan selesa... Hitam masih belum boleh equalize the centre...
6...b5
Memulakan serangan tanpa castling... Gerakan yang agak ambitious... Hitam patut mencuba 6...Ngf6, bersedia untuk castling sebelum melakukan serangan. Hitam agak ketinggalan dalam fasa opening!
Selepas 6...b5 |
7. Bb3 a5
Gerakan pawn yang merugikan tempo... Sepatutnya ... Ngf6, bersedia untuk castling.
8. a3
Mungkin putih patut mengambil peluang ini dengan bermain 8.Ng5, kerana kedudukan King hitam yang lambat castling!
8...Ba6
Sekali lagi gerakan yang membuang tempo... Mungkin lebih baik bermain 8...Nb6 dan seterusnya ...Nc4!
9. Re1 e5 10. Ng5
Menyerang petak f7.
Selepas 10.Ng5 |
10...Nh6 Forced. Hitam sepatutnya castling awal...
11. dxe5 Nxe5 12. Bf4
Pawn d6 menjadi sasaran seterusnya.
Selepas 12...Bf4 |
12...O-O 13. Qd2
Bersedia untuk membawa Rook a ke d1.
13...Qd7
Saya juga turut bersedia untuk membawa Rook a ke d8.
14. Rad1 Rad8 15. Nh3?!
Putih melakukan kesilapan. Gerakan ini sudah saya bayangkan, malangnya saya gagal menghukum kesilapan putih!
Selepas 15.Nh3 |
15...Nhg4?
Gerakan terburu-buru! Ini adalah gerakan yang sudah saya fikirkan dari awal-awal lagi, iaitu membawa Nh6 ke petak f6. Ia dijalankan dengan pantas sebaik putih bermain 15. Nh3. Kesilapan saya ialah saya tidak memeriksa variasi gerakan lain yang lebih baik! Sepatutnya saya bermain 15...Nf3+! 16.gxf3 (forced) Qxh3.
16. Bg5
Menghalau defender untuk pawn d6.
16...Nf6 17. Qf4 Nh5 18. Qh4 Bc8?
Kesilapan yang sangat jelas. Sepatutnya saya hanya perlu bermain mudah 18...Rde8.
18...Bc8 |
19. f4 Ng4
Saya turut cuba calculate 19... Nf3+ (sudah terlambat!) 20. gxf3 Qxh3 21. Bxd8 Qxf3 22. Rf1 Qe3+ dan putih masih dapat mengekalkan kelebihan 1 piece...)
20. f5
Putih sepatutnya bermain 20.Bxd8.
Selepas 20...gxf5?? |
20...gxf5??
Kesilapan yang sangat besar... Dan saya terus resign. Hitam masih boleh terus bertahan dengan bermain 20...Ne5 atau 20. ..Nhf6. 1-0
Analisa permainan yang cukup baik. Saya dapat memahami satu persatu pergerakan yang dilakukan dengan penerangan anda yang ringkas dan padat..dan terutamanya ditulis dalam Bahasa Kebangsaan.. Harap dapat teruskan blog ini dan tidak berhenti memberi ilmu catur! azmi5380@gmail.com
ReplyDeleteTerima kasih, saya hanya sekadar berkongsi ilmu yang tidak seberapa...
Delete