![]() |
Serangan yang belum selesai oleh 2 attacking players : Justin Ong & Yeap Eng Chiam... sikit je lagi perlu dihabiskan... |
Central Pawn memainkan peranan yang penting dalam menentukan strategi yang akan digunakan semasa bermain middle game. Central pawn adalah pawn yang berada di file d dan e.
Terdapat beberapa bentuk central pawn yang sentiasa dibincangkan oleh pakar-pakar permainan catur. Antaranya ialah central pawn tertutup iaitu 4 central pawn yang terkunci, yang tidak boleh lagi bergerak. Contoh yang paling mudah ialah pawn putih yang berada di petak d4 dan e5 sementara pawn hitam berada di petak d5 dan e6.
"When the centre is locked, then flank attacks are the rule".
Persoalannya, flank / sisi yang manakah menjadi pilihan, serangan di Kingside atau Queenside?