Sunday, April 28, 2013

Kualiti vs Kuantiti


GM Laurent Fressinet ketika menentang GM Ding Liren di pusingan ketiga Alekhine Memorial 2013 (Sumber: www.chessbase.com)
Dalam kehangatan kempen Pilihanraya Umum yang ke-13, kemuncaknya ialah proses pembuangan undi yang akan berlangsung pada 5 Mei 2013. Kuantiti calon yang bertanding di peringkat Parlimen dan Dun semakin bertambah, menampakkan ruang demokrasi makin luas. Tetapi apakah kualiti calon semakin bertambah baik? Diharapkan pengundi-pengundi akan membuat pilihan yang terbaik untuk mengutamakan kualiti calon yang bertanding baik dari segi latar belakang keilmuan, integriti, manifesto dan keupayaan untuk berkhidmat kepada rakyat.

Dalam pertandingan catur Alekhine Memorial yang juga sedang hangat berlangsung di Paris, GM Vladimir Kramnik yang bermain putih telah kecundang kepada GM Laurent Fressinet dalam gerakan terbaru yang diperkenalkan dalam fasa opening hasil daripada persediaan rapi sebelum perlawanan. GM Fressinet menunjukkan kepada kita bagaimana kualiti pieces adalah lebih penting berbanding kuantiti atau bilangan pieces. GM Vladimir Kramnik yang juga bekas juara dunia tewas hanya dalam 32 pergerakan.

GM Vladimir Kramnik (2801) - GM Laurent Fressinet (2706) Alekhine Memorial, Round 6, 25 April 2013.

1. Nf3 d5 2. g3 
Inilah gaya permainan yang dipilih oleh Kramnik akhir-akhir. Beliau memilih untuk bermain 2.g3 lebih awal, seterusnya meletakkan Bishop di petak g2, castling dan memilih untuk menewaskan lawannya dalam fasa middle game.

Selepas 2...Nb8-c6

2...Nc6 
Fressinet memilih gerakan yang amat jarang dimainkan, berkemungkinan untuk mengejutkan Kramnik. Pada pusingan pertama, lawan Kramnik iaitu GM Vitiugov memilih 2...c6 3.Bg4 Bg2 4.O-O Nd7 5.d3 Ngf6 6.Qe1 e5 7.e4, malangnya Vitiugov telah tewas kepada Kramnik dalam fasa ending. Mungkin inilah antara sebabnya Fressinet memilih untuk mencuba bermain 2...Nc6. Dalam kedudukan ini, saya lebih suka bermain setup 2...c6 kerana sudah pasti putih akan bermain Bg2 dan memberi tekanan kepada pawn d5.

Thursday, April 11, 2013

MSSM 2013...

MSSM Future Champions in training...

Saya terlepas peluang untuk berada di kejohanan catur elit kebangsaan iaitu MSSM yang berlangsung dari hari Isnin (25 Mac) hingga hari Jumaat (29 Mac) yang lalu. Semenjak kejohanan ini mula diperkenalkan semula pada 2004 di Labuan, saya hanya terlepas peluang untuk melihatnya dari dekat pada tahun lepas di Terengganu dan di Taiping pada tahun ini disebabkan masalah yang tidak boleh dielakkan. Kejohanan ini merupakan kejohanan yang penting untuk mencungkil bakat-bakat baru pemain catur serta dapat melihat perkembangan sukan catur bagi setiap negeri.

Meskipun tidak berkesempatan ke sana, saya masih dapat mengikuti keputusannya melalui chess-results.com. Tahniah kepada unit sukan Jabatan Pelajaran Perak yang mengambil inisiatif untuk membeli pairing software yang original dan membolehkan keputusan di upload pada setiap pusingan. Secara keseluruhannya, keputusan emas, perak dan gangsa mengikut negeri adalah seperti berikut:

Sunday, February 24, 2013

Recording the Moves...

NAG2013: Merekodkan pergerakan adalah diwajibkan...

Mencatat pergerakan catur adalah antara perkara yang diberi perhatian dalam Laws of Chess. Hanya pertandingan catur yang menggunakan kawalan masa standard sahaja (60 minit ke atas) dikehendaki membuat catatan pergerakan. Isu yang ingin saya bangkitkan ialah:

"Adakah pemain yang sedang dalam giliran untuk bergerak, dibenarkan menulis pergerakan yang akan dilakukan terlebih dahulu dan diikuti dengan menggerakkannya di atas papan catur?"

Dengan kata lain, pemain A akan melakukan langkah:
1) mencatat pergerakan yang akan dibuat
2) melaksanakan pergerakan tersebut di atas papan catur
3) menekan jam untuk menyempurnakan pergerakan

Sunday, February 3, 2013

Sharing Session with IMs...

IM Mas Hafizul di Kejohanan Catur National Age-Group 2013

Semasa berlangsungnya National Age-Group Chess Championship 2013, satu sesi perkongsian bersama 2 IM dari Malaysia telah diadakan pada hari kedua kejohanan bertempat di Seminar Room 2, Undercroft, Chancellor Complex UTP. Sesi yang sepatutnya berlangsung selama 1 jam berlarutan sehingga hampir 2 jam. 

NAG 2013: Arbiter & Kursus Arbiter...

National Age-Group Chess Championship 2013 sedang berlangsung di Universiti Teknologi PETRONAS bermula dari 1 hingga 3 Februari 2013. Sebanyak 12 kategori dipertandingkan dengan jumlah pemain hampir 300 orang. Terdapat beberapa pembaharuan bagi kejohanan kali ini. Antaranya, dalam masa yang sama, MCF turut mengadakan National Arbiter's Seminar yang bertempat di Seminar Room 2, Chancellor Hall UTP. Peter Long dan K.K. Chan telah mengendalikan seminar ini yang turut dihadiri oleh peserta-peserta dari negeri Sarawak. Berikut ialah gambar-gambar yang berkaitan dengan Arbiter dan Kursus Arbiter...

Barisan Arbiter. Duduk dari kiri: Rizal Ahmad Kamal dan Hairul Abdul Hamid. Berdiri: Abd ur-Rahman, Gregory Lau, FA Mok Tze Meng (ketua), Marcus Yeoh, Nik Farouqi, Eddy Foong, Eddy Kwan, Steven Cheong dan Tan Kok Liang.

Sunday, January 27, 2013

PELAJARI PERMAINAN KLASIK...

Akiba Rubinstein (wikipedia)

Setiap legenda catur mempunyai kepakaran mereka yang tersendiri. Menurut Mikhalchishin, pemain seperti Botvinnik terkenal dengan teknik "centralization", Alekhine dengan kemahiran mencari inititative dalam fasa opening, Capablance dengan teknik permainan fasa ending dan Rubinstein sebagai antara pakar "exchange technique". 

Antara kepentingan mempelajari permainan klasik ialah untuk memahami bagaimana pemain-pemain terbaik ini mengaplikasikan kemahiran istimewa mereka. Inilah yang berlaku baru-baru ini apabila Viswanathan Anand yang bermain buah hitam berjaya menumpaskan Levon Aronian dengan hanya 23 gerakan! Permainan ini mengingatkan kita kepada permainan yang pernah dimainkan lebih 100 tahun yang lalu oleh Rubinstein, iaitu bagaimana dalam posisi yang hampir sama, hitam melancarkan serangan menggunakan kombinasi Queen, Knight dan 2 Bishop.

Georg A Rotlewi vs Akiba Rubinstein (1907)

1. d4 d5 2. Nf3 e6 3. e3 c5 4. c4 Nc6 5. Nc3 Nf6 6. dxc5 Bxc5 7. a3 a6 8. b4 Bd6 9. Bb2 O-O 10. Qd2 Qe7 11. Bd3 dxc4 12. Bxc4 b5 13. Bd3 Rd8 14. Qe2 Bb7 15. O-O Putih ketinggalan dalam fasa opening, tertinggal hampir 2 tempo berbanding hitam 15...Ne5! Menurut Grivas Efstratios, dalam kedudukan symmetrical, adalah sangat penting untuk mencipta initiative dengan cara membuka ruang serangan / diagonal...  

16. Nxe5 Bxe5 17. f4?! Bc7 18. e4 Rac8 19. e5?! Bb6+ 20. Kh1 Ng4!
Sekarang, perhatikan bagaimana hitam mengendalikan serangan yang menarik ini menggunakan 2 Bishop, Knight dan Queen serta dibantu oleh Rook.

Thursday, January 10, 2013

FIDE RAPID & BLITZ RATING...

Tan Li Ting di Kejohanan MSSM Melaka, 2008... kecil-kecil cili padi...

Rasanya belum terlambat untuk saya mengucapkan tahniah untuk Fong Yit San dan WNM Tan Li Ting kerana menjuarai National Junior Chess Championship 2012 bagi kategori masing-masing. Fong Yit San yang juga merupakan pemain dari Perak berjaya mendapat 7.5 mata diekori rapat oleh Tan Jun Feng, abang kepada Tan Li Ting dengan 7 mata. WNM Tan Li Ting yang berasal dari KL pula berjaya memungut 8.5 (!) mata dari 9 pusingan. Beliau hanya seri dengan Sarika pada pusingan ketiga. Tempat kedua pula dimenangi oleh WFM Nur Najiha dengan mendapat 7.5 mata.

Pada tahun lepas juga, penganjuran National Rapid & Blitz telah membuka satu lembaran baru bagi pemain-pemain catur tanah air. Bagi kategori terbuka, keputusannya telah dihantar kepada FIDE untuk mendapatkan FIDE rating bagi pemain-pemain yang terlibat. 

Hasilnya, kejohanan ini telah didaftarkan dan pemain yang layak mendapat FIDE rating telah diberikan rating. Ia boleh dilayari di laman web FIDE bagi kategori rapid dan blitz.