![]() |
| Latihan Catur di Unit Sukan JPN Ipoh, Perak. |
Pada minggu lepas saya berkesempatan untuk menghadiri latihan catur bersama-sama dengan jurulatih dan murid-murid dari MSS Perak bertempat di Unit Sukan Ipoh. Latihan untuk menghadapi MSSM 2013 ini dijalankan selama 3 hari dan akan dituruti dengan latihan fasa berikutnya. Diharapkan latihan seperti ini akan menjadi aktiviti tahunan bagi MSS Perak sebagai sebahagian dari persiapan untuk menghadapi MSSM.
Pada hari Sabtu minggu lepas juga Kejohanan Catur Antarabangsa Pulau Pinang telah melabuhkan tirainya. Kejohanan yang dijalankan sebanyak 9 pusingan Swiss ini telah dimenangi oleh IM dari Vietnam, Nguyen Duc Hoa yang berkongsi 7.5 mata dengan rakan senegaranya, IM Nguyen Van Huy. Pemain terbaik Malaysia ialah FM Ronnie Lim yang berjaya mengumpul 7 mata diikuti oleh Yeoh Li Tian dengan 6.5 mata. Saya amat tertarik dengan kejohanan ini kerana keputusan terkini sentiasa di update dalam www.chess-results.com beserta dengan catatan keseluruhan permainan pada setiap pusingan!
Berikut ialah permainan pusingan 9 antara FM Ronnie Lim menentang Diano Eden. Permainan ini amat menarik kerana FM Ronnie Lim telah melakukan beberapa sacrifice, dalam usaha beliau memenangi pertarungan ini :









