Sunday, December 2, 2012

Masa Untuk Bercuti

Kejohanan Catur Tertutup Perak 2012
Saya sempat berkunjung ke Kejohanan Catur Tertutup Negeri Perak yang diadakan bermula hari ini, 1 Disember 2012, di Dewan Majlis Sukan Negeri Ipoh. Kejohanan ini yang akan tamat pada esok hari menggunakan kawalan masa 45 minit bagi setiap pemain dan diadakan mengikut sistem Swiss 9 pusingan. 

Kepenatan mengharungi beberapa siri kejohanan catur pada bulan November masih terasa, sama ada sebagai pemain, jurulatih & pengurus pasukan UTP, arbiter dan tournament director. Bermula dengan menjadi pemain Wilayah Utara pada Kejohanan 3 Penjuru Kelab Sukan & Rekreasi Petronas pada 3 November, diiikuti dengan tugasan sebagai Ketua Arbiter pada Kejohanan Sukan IPT pada 6 - 11 November dan dituruti pula sebagai Tournament Director merangkap arbiter untuk kejohanan National Rapid and Blitz 2012 pada 17 dan 18 November. Kesemua tugasan tersebut amat memenatkan ditambah dengan tugasan rutin sehari-hari. Bahkan, sebaik tamat National Rapid and Blitz 2012, pada keesokannya saya sudah berada di Pulau Pinang selama tiga hari dari 19-21 November bagi menghadiri dan membentang kertas kerja di Persidangan Antarabangsa Pulau Pinang di Alam Melayu 2012. 

Bulan Disember ialah masa untuk berehat seketika, menarik nafas lega, merehatkan minda, sebelum fajar 2013 menyinsing di bulan Januari... Namun di sini, saya masih ingin berkongsi beberapa kedudukan menarik yang sempat saya kutip semasa Sukan IPT berlangsung baru-baru ini...


Yong Jenn (UTP) - Taione Senikuta Vuinakasa Siki (UNITEN) 
(Sukan IPT 2012, Pusingan 11, Meja 4)

Hitam memiliki kelebihan 2 connected passed pawn dan sudah pasti akan menang. Namun, bagaimanakah putih boleh mendapat keputusan seri? 

62. Rf8 
Putih memasang perangkap.
Selepas 62.Rg8-f8
62...e2??
Hitam melakukan kesilapan kerana menyangka akan menang dengan mudah! Hanya kerana kelalaian yang sedikit, hitam gagal mendapat mata penuh. Hitam sebenarnya hanya perlu menggerakkan Rooknya ke petak a2 untuk mengancam checkmate ataupun promote pawn. Apakah gerakan yang membawa kepada keputusan seri?

63. Rxf4+ !! 
Hitam mungkin bermain dalam keadaan kekurangan masa sehingga terlepas pandang taktik ini. Sekiranya King memakan Rook 63...Kxf4 64.Kxf2 dan pawn di e2 akan mati. Sekiranya King tidak makan Rook di petak f4, Rook di petak f2 pula akan  mati. 1/2-1/2


Looi Xin Hao (USM) - Abdullah Khairi KZ (UIA)
(Sukan IPT 2012, Pusingan 11, Meja 3)

36. Bb7 Re8?? 
Hitam ingin menukar Rook namun telah melakukan kesilapan dengan meletakkan Rook di petak e8. Apakah gerakan yang terbaik untuk menghukum kesilapan hitam?
Selepas 36...Rh8-e8??
37. Rd3+?! Kc2 
Menyebabkan Putih tidak boleh makan Bishop a4 secara percuma kerana ancaman terhadap Rook d3 oleh King hitam. Sebenarnya putih boleh terus mengambil Ba4 secara percuma dengan 37.Rxa4! kerana sekiranya 37...Kxa4 38.Bc6+! dan fork King dan Rook e8! (Sekiranya 37...Re1+ 38.Kf2 Re7 39.Bc6)

Ian Siah Jun Ren (UTM) - Muhammad Syazwan Zulkifli (UM)
(Sukan IPT 2012, Pusingan 11, Meja 2)

25. Qf3 
Putih baru sahaja menggerakkan Queennya ke petak f3. Apakah gerakan hitam yang membawa kepada kemenangannya?

Selepas 25.Qh5-f3

25...Rc3!!
Hitam sacrifice Rook untuk membuka ruang serangan di kawasan Kingside putih. Sekiranya 26.bxc3 bxc3+ 27.Ka1 Rxd1+ dan seterusnya mate.

26. Nxc3 bxc3 
Hitam terus membuka ruang untuk menyerang Kingside. Bolehkah putih bertahan dengan kelebihan 1 Queen dan 2 rook berbanding lawan yang hanya memiliki  1 Queen, 1 rook dan 1 Bishop?

27. b3 Qb4 
Hitam terus menyerang, sambil mempertahan pawn c3. 

28. Qe3 Bc5
Putih berusaha membawa Queen ke petak c1 untuk mempertahankan kelemahan petak b2. 

29. Qc1 Qb6 
Hitam menyusun semula bala tenteranya.

30. Re2 Qd6 
Queen hitam berada pada kedudukan yang sangat strategik, memberi bantuan serangan untuk Bishop dan juga Rook serentak!

31. a4?!
Putih terlepas pandang perancangan hitam seterusnya...

Selepas 31...Ba3!!

31...Ba3!! 0-1
Putih menyerah, kerana kedudukan Kingnya yang tidak boleh lari dari checkmate! Sekiranya Queen lari ke petak e1, plan hitam ialah untuk bermain Bb2 diikuti dengan Qa3, mengancam checkmate di petak a1.

Masa untuk bercuti...

No comments:

Post a Comment