Thursday, June 29, 2017

10th Karen Asrian Memorial 2017: Berapakah Rating Performance untuk IM Yeoh Li Tian?

IM Yeoh Li Tian baru sahaja menamatkan kejohanan 10th Karen Asrian Memorial 2017 di Armenia. Kejohanan ini membariskan lebih daripada 20 orang GM. Daripada 9 pusingan, beliau berjaya mendapat 6.5 mata dan seterusnya berjaya menduduki tempat ke-8! Dalam kejohanan yang dibarisi ramai GM ini, Li Tian tidak pernah tewas dalam mana-mana pusingan.

IM Li Tian ialah antara pemain harapan Malaysia untuk menjadi GM. Beliau memerlukan 2 lagi GM norm sebagai syarat untuk menjadi GM. Untuk mendapat GM norm, "...a player must perform at a level at least 2600 (Rp)" (FIDE Title Regulations, 1.48) .

Untuk mengira Rating Prestasi Semasa Kejohanan (Rating Performance= Rp) IM Yeoh Li Tian dalam kejohanan ini, formula pengiraan adalah seperti berikut:

Rp = Ra + dp
Rp = Rating Performance
Ra = Average rating of opponents
dp = rating difference (semak jadual dp daripada rajah 8.1.a FIDE Rating Regulations B.02 iaitu penukaran daripada peratus skor (p) kepada perbezaan rating (dp).

Untuk menentukan Ra, rating 9 pemain lawan hendaklah dijumlahkan dan dibahagi dengan 9. Rating lawan Li Tian adalah seperti berikut:

Pusingan 1: Kononenko Vsevolod (Rating: 2019) (menang)
Pusingan 2: FM David Mirzoyan (Rating: 2321) (seri)
Pusingan 3: Pipia Ekaterine (Rating: 1711) (seri)
Pusingan 4: FM Noe Tutisani  (Rating: 2356) (seri)
Pusingan 5: Suren Gesyan (Rating: 2064) (menang)
Pusingan 6: GM Davit G. Petrosian (Rating: 2405) (menang)
Pusingan 7: GM Pavel Smirnov (Rating: 2589) (menang)
Pusingan 8: GM Andrey Zhigalko (Rating: 2563) (seri)
Pusingan 9: GM Olexandr Bortnyk (Rating: 2580) (seri)
Jumlah mata: 6.5


Berdasarkan FIDE Title Regulations 1.46b, 1 rating terendah lawan dibenarkan untuk diselaraskan.

Dalam senarai rating di atas, lawan Li Tian yang paling rendah ratingnya pada pusingan 3 iaitu Pipia Ekaterine (Rating: 1711) dibenarkan untuk diselaraskan kepada rating minimum untuk GM norm iaitu : Rating = 2200 (Adjusted rating floor).

Justeru, jumlah rating ialah 2019 + 2321 + 2200 (adjusted rating floor) + 2356 + 2064 + 2405 + 2589 + 2563 + 2580 = 21117
Ra = 21097 / 9
Ra = 2344.11 ataupun 2344

Selepas menentukan Ra, proses berikutnya ialah untuk menentukan point daripada perbezaan rating (dp).

dp = 6.5 (mata diperolehi Li Tian) bahagi dengan 9 (jumlah mata keseluruhan) = 0.72
Nilai 0.72 ini hendaklah disemak dalam rajah table conversion (FIDE Title Regulations 1.49, table 8.1.a), dan didapati bahawa 0.72 bersamaan dengan nilai 166.

Oleh itu, Rating Prestasi Semasa Kejohanan  (rating performance/Rp) adalah:

Rp = Ra + dp
Rp = 2344 + 166
Rp = 2510

Rating Performance 2510 ialah nilai yang berada di bawah Rp bagi norm GM iaitu 2600. 

Untuk mendapat GM norm dalam kejohanan yang mengandungi 9 pusingan, sekiranya pemain itu memiliki 7 mata, dia perlu mempunyai Rating average (Ra) lawan minimum iaitu 2380. Sekiranya pemain itu berjaya mendapat skor 6.5 mata daripada 9 pusingan, dia perlu memiliki Rating average (Ra) lawan minimum 2434. Tetapi, sekiranya pemain itu hanya berjaya mendapat 6 mata daripada 9 pusingan, Rating average lawan minimum adalah lebih tinggi iaitu 2475. Malang bagi Li Tian kerana dalam kejohanan ini, Rating average lawannya hanyalah 2344. Dia perlu skor lebih daripada 7 mata daripada 9 pusingan!

Bagi Li Tian, disebabkan oleh rating lawannya yang agak rendah daripada 2200, iaitu pada pusingan 1 (2019), pusingan 3 (1711) dan pusingan 5 (2064), menyebabkan peluang Li Tian semakin sukar untuk mendapat Rp 2600. Sekiranya dia bertemu 1 pemain yang ratingnya di bawah 2200, rating tersebut dibenarkan untuk diubah kepada floor rating 2200. Tetapi, dalam kes ini, ia menjadi sukar kerana terdapat 3 pemain lawan yang memiliki rating di bawah 2200 dan tiada pemain lawan Li Tian yang memiliki rating lebih 2600.  

Sekiranya Li Tian menang pada pusingan 9 (7 mata daripada 9 pusingan), Rp adalah seperti berikut:
Rp = Ra + dp (*dp=7/9=0.78=220)
Rp = 2344 + 220
Rp = 2564 (masih tidak mencapai Rp 2600)

Namun begitu, pengalaman Li Tian bermain dalam kejohanan ini amat berharga kerana ia menunjukkan kemampuannya untuk bersaing dan menewaskan GM yang lain. Dari segi permainan, dia sudah bersedia untuk mendapat title GM. Cuma, dia memerlukan kejohanan yang boleh memberikannya ramai pemain lawan dengan rating sekitar 2300-2700 untuk mencapai GM norm yang kedua dan yang ketiga. Kejohanan ini juga membantu untuk menaikkan rating Li Tian kerana GM title memerlukan rating minimum sebanyak 2500. Good Luck Li Tian!!

No comments:

Post a Comment