Sunday, May 22, 2022
Saturday, May 21, 2022
GM Norm IM Yeoh Li Tian: 0.5 Mata Yang Diperlukan...
![]() |
| IM Yeoh Li Tian ketika menentang GM Anand, 2017 (Source: https://twitter.com/chessbaseindia/status/904620112778493953) |
Dalam kejohanan Sukan SEA ke-31, Catur kategori Individu (Standard), peluang IM Yeoh Li Tian mendapat GM Norm ketiga adalah amat cerah. Namun demikian, tewas di pusingan terakhir menutup terus peluangnya untuk mendapat GM Norm dan juga sebarang pingat untuk acara tersebut. IM Yeoh Li Tian telah mendapat 6 mata daripada 9 permainan. Dalam pusingan terakhir, IM Yeoh Li Tian hanya memerlukan seri untuk mendapatkan GM Norm tersebut.
Bagaimanakah GM Norm tersebut dikira?
Berdasarkan FIDE Title Regulations 2022, terdapat beberapa syarat untuk mendapat GM Norm. Antaranya ialah:
1) Number of Games = sekurang-kurangnya 9 permainan (International Title Regulations, article 1.41). Kategori ini mempunyai 9 pusingan dan memenuhi syarat ini.
2) Title of Opponents (article 1.45). Untuk mendapat norm GM, sekurang-kurangnya sebanyak 1/3 daripada 9 orang pemain lawan adalah GM. Lawan IM Li Tian adalah seramai 4 orang GM daripada 9 orang, iaitu 4/9, melebihi syarat yang diletakkan iaitu 1/3.
3) Rating Performance (Rp) untuk mendapat GM norm mestilah mencapai rating minimum 2600 (article 1.48).
