Saturday, May 21, 2022

GM Norm IM Yeoh Li Tian: 0.5 Mata Yang Diperlukan...

IM Yeoh Li Tian ketika menentang GM Anand, 2017 (Source: https://twitter.com/chessbaseindia/status/904620112778493953)

Dalam kejohanan Sukan SEA ke-31, Catur kategori Individu (Standard), peluang IM Yeoh Li Tian mendapat GM Norm ketiga adalah amat cerah. Namun demikian, tewas di pusingan terakhir menutup terus peluangnya untuk mendapat GM Norm dan juga sebarang pingat untuk acara tersebut. IM Yeoh Li Tian telah mendapat 6 mata daripada 9 permainan. Dalam pusingan terakhir, IM Yeoh Li Tian hanya memerlukan seri untuk mendapatkan GM Norm tersebut. 

Bagaimanakah GM Norm tersebut dikira?

Berdasarkan FIDE Title Regulations 2022, terdapat beberapa syarat untuk mendapat GM Norm. Antaranya ialah:

1) Number of Games = sekurang-kurangnya 9 permainan (International Title Regulations, article 1.41). Kategori ini mempunyai 9 pusingan dan memenuhi syarat ini.

2) Title of Opponents (article 1.45). Untuk mendapat norm GM, sekurang-kurangnya sebanyak 1/3 daripada 9 orang pemain lawan adalah GM. Lawan IM Li Tian adalah seramai 4 orang GM daripada 9 orang, iaitu 4/9, melebihi syarat yang diletakkan iaitu 1/3.

3) Rating Performance (Rp) untuk mendapat GM norm mestilah mencapai rating minimum 2600 (article 1.48). 

Bagaimanakah Rating Performance (Rp) Li Tian dikira?

Formula untuk mengira Rating Performance (Rp) ialah: Ra + dp
Ra = Rating Average
dp = Difference Rating

Langkah 1: Pengiraan Rating Average (Ra)
Senarai lawan bagi Li Tian dan dikira rating average mereka:
1) IM Quizon Daniel = 2384
2) IM Tin Jingyao = 2499
3) GM Tran Tuan Minh = 2533
4) GM Nguyen Ngoc Truong Son = 2641
5) GM Gomez John Paul = 2442
6) IM Ervan Mohamad = 2367
7) IM Wynn Zaw Htun = 2508
8) GM Priasmoro Novendra = 2501
9) CM Laohawirapap Prin = 2210

Rating Average = (2384+2499+2533+2641+2442+2367+2508+2501+2210/9)
= 2453.88 = dibundarkan menjadi 2454 (Artikel 1.47b)

Langkah 2: Pengiraan difference rating (dp)
Pengiraan ini perlu  merujuk kepada jadual dalam artikel 1.49.
Ia mengambil kira markah keseluruhan Li Tian dalam kejohanan ini, iaitu 6 mata daripada 9 permainan.
6/9 mata (6 bahagi 9) = 0.67
Dalam Jadual dp, 0.67 = 125 rating

Langkah 3: Mengira jumlah Ra + dp
Daripada langkah 1, Ra=2454 rating
Daripada langkah 2, dp=125 rating
Jumlah rating: 2579 rating

Justeru, 2579 ialah rating yang tidak memenuhi syarat GM norm iaitu 2600 Performance rating.

*Sekiranya Li Tian seri pada pusingan terakhir iaitu pusingan 9, Performance rating beliau adalah seperti berikut (berbeza hanya pada difference rating, dp):

Langkah 2: Pengiraan dp (difference rating)
6.5 mata daripada 9 permainan.
6.5/9 mata (6.5 bahagi 9) = 0.72
Dalam Jadual dp, 0.72 = 166 rating (Artikel 1.49)

Performance Rating Li Tian ialah:
Ra=2454 rating
dp=166 rating
Jumlah Performance rating: 2620, melebihi syarat GM norm iaitu 2600 Performance rating.

Li Tian sebenarnya sudah sangat hampir untuk mendapat gelaran GM. Li Tian bakal mendapat gelaran ini pada bila-bila sahaja memandangkan kekuatan beliau sudahpun melebihi rating 2500, iaitu setaraf dengan rating GM yang lain.

Selamat Maju Jaya diucapkan kepada IM Li Tian!

No comments:

Post a Comment