![]() |
Chess is so cruel... GM Kramnik ketika tewas kepada GM Caruana, Candidates Tournament, Berlin 2018 (Gambar: https://twitter.com/Chess__News) |
Pemain yang telah menyerah kalah (resign) dianggap sebagai kalah berdasarkan FIDE Laws of Chess:
5.1.2 The game is won by the player whose opponent declares he resigns. This immediately ends the game.
Oleh itu, berdasarkan artikel 5.1.2, mana-mana pemain yang telah menyerah kalah akan terus dianggap sebagai kalah. Menyerah kalah (resign) boleh dilakukan dengan banyak cara, sama ada dengan cara menghentikan jam, mengumumkan menyerah kalah secara lisan, menjatuhkan Kingnya sendiri, bersalaman dengan lawannya, menandatangani scoresheet atau lain-lain cara yang menunjukkan bahawa dia telah pun menyerah kalah. Meskipun demikian, cara-cara di atas hendaklah dinyatakan dengan jelas secara bertulis dengan memintanya untuk menandatangani scoresheet dan mencatatkan keputusan permainan sebagai kalah.
Dalam sebuah pertandingan amatur menggunakan kawalan masa standard yang berlangsung di Kitchener, Canada pada tahun 2016, kedudukan berikut telah dicapai pada pusingan ketiga, meja kedua (FIDE Arbiters' Magazine, February 2018):
![]() |
Selepas 26.Bxb4+ |
Putih sedang melakukan check dengan gerakan ke-26.Bxb4+.
Hitam membalas dengan bermain 26...Rxe4 dan menekan jamnya. Putih memanggil arbiter untuk melakukan tuntutan illegal move. Ia jelas merupakan kesalahan illegal move kali pertama dan putih akan mendapat 2 minit tambahan masa. Pada masa ini, arbiter masih lagi belum sampai ke meja tersebut.
Hitam yang sudah kecewa kerana melakukan illegal move kali pertama, terus mengumumkan "I resign" yang bermaksud "saya menyerah kalah". Pemain dan arbiter yang tiba di meja tersebut mendengar pengumuman tersebut.
Selepas hitam mengumumkan "I resign", pemain di meja 1 terus mengatakan bahawa sepatutnya hitam hanya perlu bermain "Rook capture bishop". Sebaik mendengar perkataan tersebut, pemain yang menyebut "I resign" terus mengumumkan "then I un-resign".
Adakah pemain dibenarkan untuk "un-resign"?