![]() |
GM Nigel Short vs GM Francis Vallejo Pons dalam pusingan akhir yang dimenangi oleh GM Vallejo Pons (Source: www.bangkokchess.com) |
Pertembungan antara GM Francis Vallejo Pons (2691) dengan IM Wynn Zaw Htun (2407) pada 15 April pada kejohanan 16th Bangkok Open 2016 yang lalu amat menarik untuk dikongsi. Ketika anotasi ini ditulis, FM Yeoh Li Tian sedang berhadapan dengan GM Nigel Short pada pusingan kelapan kejohanan yang sama (Yeoh Li Tian telah tewas kepada Nigel Short). Setakat ini, Yeoh Li Tian cemerlang apabila berjaya draw dengan GM Ildar Khairullin (Rusia) dan GM Narayanan Sunilduth (India) tetapi tewas kepada GM Loek Van Wely (Netherland).
GM Francisco Vallejo Pons setakat ini telah bermain dengan begitu baik dalam kejohanan ini. Dalam pusingan ketujuh, beliau telah bermain gerakan 6.Bg5 terhadap pertahanan Sicilian variasi Najdorf dan telah menggunakan gerakan yang dipopularkan oleh Perenyi untuk memusnahkan pertahanan hitam. Nama Perenyi bukanlah begitu masyhur di negara kita. IM Bela Perenyi ialah seorang juara catur Hungary dan amat terkenal dengan teori buka mainan terutamanya dalam Sicilian Najdorf. Beliau meninggal dunia pada tahun 1988 dalam usia yang masih muda, iaitu 35 tahun dalam kemalangan jalan raya. Dalam permainan yang dimainkan semalam, GM Francisco Vallejo Pons menunjukkan kepada kita bagaimanakah beliau menggunakan idea daripada Perenyi yang melibatkan banyak taktik dan sacrifice untuk memusnahkan pertahanan hitam.
GM Francisco Vallejo Pons - IM Wynn Zaw Htun, 16th Bangkok Open 2016, Round 7, 15 April 2016.
1. e4 c5 2. Nf3 d6 3. d4 cxd4 4. Nxd4 Nf6 5. Nc3 a6 6. Bg5
![]() |
Selepas 6.Bc1-g5 |
Putih memilih gerakan 6.Bg5 untuk menghadapi pertahanan Sicilian variasi Najdorf. Variasi ini adalah antara variasi yang sukar untuk dikuasai sepenuhnya kerana sudah banyak analisis yang telah dilakukan terhadap variasi ini. Jadi, GM Vallejo ingin menguji sejauh manakah kefahaman IM Wynn terhadap pertahanan ini.
Hitam tidak boleh membalas dengan 6...e5 kerana ia akan membiarkan petak d5 dikuasai oleh putih dalam keadaan Nf6 yang melindungi petak d5 turut terkena pin. Gerakan 6...e5 memberikan ruang untuk putih menguasai petak d5 & f5. Contoh: 6...e5 7.Bxf6 Qxf6 8.Nd5 Qd8 9.Nf5 etc.
Justeru, hitam telah memilih:
6...e6 7. f4 Be7 8. Qf3 Qc7 9. O-O-O Nbd7 10. g4
![]() |
Selepas 10.g2-g4 |
Putih memilih gerakan yang agresif. Antara pilihan lain ialah 10.Bd3.
10...b5 (Bersedia untuk menghalang putih daripada bermain e5 kerana ...Bb7! attack Qf3 dan Rh1)
11. Bxf6 Nxf6 (ataupun hitam boleh memilih 11...gxf6)
12. g5
![]() |
Selepas 12.g4-g5 |
Dalam kedudukan di atas, gerakan 12.f5 adalah kurang tepat kerana secara teorinya, ia memberikan tempo kepada hitam untuk menyerang bermula dengan gerakan ...b4 dan menganggu kedudukan Knight di c3. Justeru, sebelum bermain f5, adalah lebih baik untuk putih bermain a3 bagi mengelakkan hitam bermain ...b4, namun ia akan memberikan tempo kepada hitam. Contohnya: 12.f5 b4 13.Nce2 e5 14.Nb3 Nxe4!
12... Nd7 13. f5
Ini ialah sebagai sambungan kepada gerakan 10. g4. Putih juga boleh memilih 13. a3 sebelum bermain f5, tetapi biasanya hitam akan mampu bertahan.
13... Nc5
![]() |
Selepas 13...Nd7-c5 |
Hitam memilih untuk develop pieces dengan meletakkan Knight di tempat yang strategik. Hitam mengambil risiko untuk menang kerana gerakan ini memberikan putih tempo untuk menyerang.
Putih perlu bertindak segera secara agresif kerana sekiranya hitam dibiarkan untuk develop kesemua pieces dalam keadaan selamat, putih akan berada dalam keadaan yang bahaya. Justeru, untuk mengekalkan kelebihan, kebiasaannya putih akan mengorbankan pieces untuk membuka ruang menyerang kedudukan hitam dan permainan akan lebih bersifat taktikal. Itulah yang berlaku dalam permainan ini.
Putih perlu bertindak segera secara agresif kerana sekiranya hitam dibiarkan untuk develop kesemua pieces dalam keadaan selamat, putih akan berada dalam keadaan yang bahaya. Justeru, untuk mengekalkan kelebihan, kebiasaannya putih akan mengorbankan pieces untuk membuka ruang menyerang kedudukan hitam dan permainan akan lebih bersifat taktikal. Itulah yang berlaku dalam permainan ini.
Hitam boleh juga memilih 13... Bxg5+. Gerakan ini lebih solid tetapi peluang hitam untuk menang adalah sukar. Berkemungkinan besar permainan akan berakhir dengan seri opposite coloured Bishop.
14. f6
Putih memilih variasi yang sangat kritikal. Antara variasi lain ialah 14. h4.
14... gxf6
Sekiranya 14... Bf8? 15. Bxb5+! axb5 (if 15... Bd7 16. e5 d5 17. Nf5! gxf6 18. Nd6+ Bxd6 19. exd6 Qxd6 20. Nxd5) 16. Ndxb5 Qd7 17. fxg7 Bxg7 18. Nxd6+ Kd8 19. Rhf1.
15. gxf6 Bf8
![]() |
Selepas 15...Be7-f8 |
Kedudukan di atas menunjukkan bahawa hitam memiliki kelebihan positional jangka panjang. Putih pula pula memiliki kelebihan pieces yang telah develop dengan baik dan prospek serangan jangka pendek.
Hitam akan bermain ...b4 dan putih perlu bersedia untuk menghadapinya. Sekiranya putih bermain a3 terlebih dahulu, gerakan ini melambatkan momentum serangan putih.
Menurut GM John Nunn, sekiranya putih bermain gerakan sacrifice 16.Nf5, ia adalah gerakan yang kurang tepat pada ketika ini. Gerakan 16.Bh3 juga tidak banyak membantu serangan, begitu juga dengan gerakan 16.Nd5. Gerakan Queen 16.Qh5 ataupun 16.Qe3 ataupun 16.Qg3 adalah cubaan yang baik, tetapi ia tetap memberikan peluang untuk hitam develop pieces. Justeru, gerakan yang terbaik dalam kedudukan di atas ialah:
16. Rg1!
![]() |
Selepas 16.Rh1-g1 |
16...h5 17. a3 Rb8 18. Re1 Nd7
![]() |
Selepas 18...Nc5-d7 |
Apakah gerakan pilihan putih?
19. Nxe6! (Sacrifice Knight!) fxe6 20. f7+ Ke7??
![]() |
Selepas 20...Ke8-e7 |
21. Rg6!! Qc5 (Knight d7 tidak boleh bergerak kerana menjaga petak f6)
22. Rxe6+!! (Sacrifice Rook!) Kxe6
![]() |
Selepas 22...Ke7xe6 |
Putih telah bermain:
23. Nd5! (menghalang Queen hitam daripada melindungi petak f5 sambil mengancam check mate terhadap King hitam)
23...Nf6 (Forced!) 24. Qxf6+ Kd7 25. Qxh8 Bb7
![]() |
Selepas 25...Bc8-b7 |
26. Bh3+ Kc6 27. Qf6
![]() |
Selepas 27...a6-a5 |
27... a5 28. Qe6 Bc8 29. Qe8+
![]() |
Selepas 29.Qe8 |
Hitam menyerah kalah. Queen putih bermaharajalela untuk makan Bishop. Knight d5 berada pada posisi yang sangat strategik sementara pawn f7 bersedia bila-bila masa sahaja untuk ditolak menjadi Queen. 1-0
No comments:
Post a Comment