Saturday, April 9, 2016

Half-open file dalam fasa ending

Menguasai half-open file dengan Rook adalah satu kelebihan. Namun, bagaimanakah seseorang mampu menukarkan kelebihan ini kepada kemenangan?

Dalam permainan antara Capablanca dan Janowski, New York 1913, Capablanca menunjukkan kaedah bagaimana memanfaatkan half-open file dalam fasa ending. Permainan bermula dengan:

1. e4 e5 2. Nf3 Nc6 3. Nc3 Nf6 4. Bb5 a6 5. Bxc6 dxc6

Selepas 5...dxc6

Ruy Lopez, Exchange Variation. Putih kehilangan Bishop berbanding Knight hitam. Meskipun hitam memiliki sepasang Bishop, tetapi struktur pawn hitam agak bermasalah kerana pawn c6 dan c7 yang bertindih. Justeru, dalam kedudukan ini, perancangan putih ialah untuk mengajak hitam bermain fasa ending kerana kedudukan pawnnya yang lebih baik. Hitam perlu mengelakkan untuk menukar pieces dan menumpukan permainan dalam fasa middle game untuk mendapat kelebihan.


6. O-O Bg4 7. h3 Bh5 8. Qe2 Bd6 9. d3 Qe7 10. Nd1

Selepas 10.Nc3-d1
Putih memperbaiki kedudukan Knight c3. Knight ini yang dihalang dari bergerak ke petak b5 dan d5 akan dibawa ke petak e3 untuk mengawal petak f5 yang tidak dikawal hitam.

10...O-O-O 11. Ne3 Bg6 12. Nh4 Rhg8 13. Nef5 Qe6 


Pieces putih berada dalam kedudukan yang strategik. Putih sedang mengawal permainan. Knight f5 benar-benar memberi masalah kepada hitam. Bagaimanakah putih mengambil peluang atas kedudukan piecesnya yang berada pada kedudukan yang lebih strategik berbanding hitam? 

Putih perlu untuk membuka ruang bagi menukar pieces untuk bermain fasa ending. Putih telah bermain:

14. f4! Bxf5 15. Nxf5 exf4 16. Bxf4 Bc5+ 17. Be3 Bf8 

Selepas 17...Bc5-f8
Hitam tidak mahu menukar pieces kerana ia akan membantu putih untuk membawa permainan kepada fasa ending. Putih meneruskan usaha mencari jalan untuk menukar pieces.


18. Qf2 Rd7 19. Bc5 Bxc5 20. Qxc5 

Selepas 20.Qf2xc5
Pieces semakin berkurangan dan fasa ending sudah semakin hampir. Sebagai tambahan, Hitam sudah kehilangan kelebihan 2 bishop. 

20...Kb8 21. Rf2 Ne8 22. Raf1 f6 

Selepas 22...f7-f6
Hitam seolah-olah sudah berjaya mempertahankan kedudukannya. Pawn f6 dalam half-open file telah dilindungi oleh pawn g7. Apakah perancangan putih seterusnya?

23. b3 Nd6 24. Rf4 Nxf5 25. Qxf5 Qxf5 26. Rxf5 Re8

Selepas 26...Rg8-e8
Dalam kedudukan di atas, putih telah berjaya menukar Knight dan Queen. Sekarang permainan berada dalam fasa ending. Putih perlu memanfaatkan half-open f-file yang dikuasainya. Dalam kedudukan di atas, Rook f5 tidak boleh dihalau oleh pawn hitam (if ...g6, Rxf6). 

Bagaimanakah putih melakukannya? Putih telah bermain:

27. g4! 
Fasa 1: Operasi mencipta Passed Pawn!
Dalam operasi ini, perancangan putih sudah jelas. Pawn g4 akan ditolak ke petak g5, ...fxg5, dan e-pawn sudah menjadi passed pawn. Putih juga akan membawa Kingnya ke petak e3 bagi membantu passed pawn di e-file.

27...b6 
Hitam tidak boleh berdiam diri. Hitam cuba untuk bermain ...c5, justeru pawn b6 diperlukan untuk melindungi pawn c5. Pawn c7 & c6 yang bertindih perlu segera digerakkan agar tidak lagi menjadi bebanan kepada hitam.

28. b4 (untuk menghalang ...c5) Kb7 
29. Kf2 (King dibawa ke petak e3) b5 (Hitam ingin bermain ...Kb6 dan diikuti dengan a5-a4
30. a4 Rd4  
Apakah yang perlu dilakukan oleh putih sekiranya hitam bermain 30...bxa4? Putih akan bermain 31.Ra1 diikuti dengan Rxa4.


Selepas 30...Rd7-d4
Dalam kedudukan di atas, hitam cuba melakukan sesuatu menggunakan pawn di queenside. Bagaimanakah putih melindungi pawn b4? 

Putih telah bermain:

31. Rb1 Re5 
Adalah lebih baik untuk hitam mencuba 31... Kc8!? membawa King ke arah kawasan tengah medan pertempuran.

32. Ke3! (King sudah berada di tengah papan) Rd7 (Rook terpaksa berundur)
33. a5 (menutup ruang di queenside) Re6 
34. Rbf1 Rde7 


Selepas 34...Rd-e7

Dalam kedudukan ini, hitam tidak memberikan peluang untuk putih bermain d4. Bagaimanakah putih terus memanfaatkan peluang di semi open f-file?

Putih telah bermain:
35. g5! (Mencipta passed pawn) fxg5 36. Rxg5 Rh6 
37. Rg3 (Putih mengancam bermain d4 & e5) Rhe6


Selepas 37...Rh6-e6
Dalam kedudukan di atas, passed pawn putih sudah pun tercipta. Namun begitu, hitam masih lagi gigih bertahan, tidak membenarkan passed pawn mara ke hadapan. 

Bagaimanakah putih memulakan operasi fasa kedua?
Putih telah bermain:

38. h4! (Mengawal pawn g7 & h7 dari mara kehadapan. 1 unit holding 2 units!) g6
39. Rg5 (bertujuan untuk bermain h5) h6 
40. Rg4 Rg7 
Rook hitam terpaksa diletakkan dibelakang pawn g6, kerana putih mengancam Rf1-f8-g8 menyerang pawn g6 dari belakang dan depan!


Selepas 40...Re7-g7
Putih secara perlahan-lahan memaksa salah satu Rook hitam untuk meninggalkan e-file. Sekarang, pawn d dan e putih boleh bergerak mara kehadapan!

Fasa 2: Operasi untuk menolak passed pawn mara kehadapan

41. d4! Kc8 (Cuba untuk menyekat pergerakan pawn putih)
42. Rf8+ Kb7 (Sekiranya 42... Kd7 43. Ra8) 
43. e5! g5 


Selepas 43...g6-g5
Rook Hitam semakin kekurangan ruang untuk bergerak. Apakah yang putih perlu lakukan untuk membolehkan e-pawn terus mara kehadapan? 

Putih bermain:

44. Ke4! (untuk bermain Kf5) Ree7 (mengancam bermain ...gxh4)
45. hxg5 hxg5 46. Rf5! (Hitam sudah tidak boleh melindungi pawn g5)


Selepas 46.Rf8-f5

46...Kc8 47. Rgxg5 Rh7 48. Rh5 Kd7 
Hitam tidak boleh mengelak dari berlaku pertukaran Rook kerana ini akan membenarkan Rook putih masuk ke rank 8 sambil melakukan check, diikuti dengan Rook yang boleh masuk hingga ke kawasan queenside dan menyerang pawn a6.

49. Rxh7 Rxh7 
50. Rf8! (mengancam untuk pergi ke queenside) Rh4+ 
51. Kd3 Rh3+ 
52. Kd2 c5 


Selepas 52...c6-c5
Hitam tidak mampu lagi menghalang Rook putih daripada pergi ke petak a8 dan menyerang pawn a6. Namun, Hitam masih mencuba serangan terakhirnya...

53. bxc5 Ra3 
54. d5 1-0
Selepas 54.d3-d4
Perhatikan kedudukan terakhir. Hitam terpaksa menyerah kalah kerana 3 connected passed pawn putih sudah tidak dapat dihalang daripada menjadi Queen. Selepas ini putih hanya perlu bermain e6 dan seterusnya pawn putih akan dapat bertukar menjadi Queen dengan bantuan Rook.

Permainan di atas menunjukkan bagaimana dalam fasa ending, half-open file boleh memberi kelebihan dengan cara mencipta passed pawn. Passed pawn perlu ditolak kehadapan dengan bantuan King dan Rook. Pemain perlu bermain dengan berhati-hati agar pihak lawan tidak dapat mencipta counter-attack. Kelemahan hitam di Queenside juga telah membantu putih untuk menang dengan mudah.

No comments:

Post a Comment