Tuesday, August 11, 2015

Sekitar Kembara London-Paris 2015

Pintu masuk ke kedai 

Ketika berada di London pada bulan Jun yang lalu, antara tempat yang sering saya kunjungi sekiranya pergi ke kota London ialah The Chess Shop yang terletak di tengah-tengah kota London, di jalan Baker Street. Ia merupakan kedai yang menjual buku-buku catur, majalah, chess set, chess clock serta CD video yang berkaitan catur dan juga beberapa permainan dalaman seperti Bridge. 


Buku yang ditulis oleh Jimmy Liew

Ketika membelek-belek beberapa buku-buku catur yang terkini di pasaran, mata saya tertarik ketika melihat sebuah buku yang bertajuk "The Veresov: Move by Move" yang ditulis oleh IM Jimmy Liew! Buku ini merupakan terbitan Everyman Chess yang baru diterbitkan pada tahun ini. Saya juga turut mendapati beberapa penulis dari Singapura yang turut aktif menulis beberapa buah buku catur. 

Antara set catur yang dijual


Moga-moga selepas ini lebih ramai lagi pemain-pemain catur tempatan akan menghasilkan buku-buku catur terutamanya untuk pasaran tempatan.

Berikut dikongsikan beberapa gambar berkaitan catur yang sempat diambil semasa berada di sana:

Iklan sebuah majalah di kota Paris menggunakan gambar GM Garry Kasparov...

Add caption

The Lewis Chessmen: Set catur klasik yang dipamerkan di British Museum...

Lampeter yang mendamaikan... sungai yang jernih, daunan hijau, biri-biri, bukit-bukau, udara yang segar, mentari yang redup...

No comments:

Post a Comment