Thursday, August 27, 2015

Kes Catur dalam FIDE Arbiters' Magazine No 1 2015

Perpustakaan Negara Wales yang menyimpan karya dalam bahasa Welsh

Pada bulan Julai yang lalu, FIDE arbiter commision telah membuat satu inisiatif yang amat baik apabila mula menerbitkan FIDE Arbiters' Magazine. Majalah yang diterbitkan secara online di FIDE website ini memuatkan artikel-artikel yang berkaitan dengan arbiter, terutamanya kes-kes sebenar yang berlaku semasa berlangsungnya kejohanan anjuran FIDE. Kes-kes seperti ini boleh menjadi rujukan kepada mana-mana arbiter di seluruh dunia.

Antara kes yang dikemukakan adalah seperti berikut:



1) Permainan di atas dimainkan semasa "Youth Chess Championship" berdasarkan undang-undang catur "Appendix G: Quickplay finishes" iaitu semua baki gerakan hendaklah dihabiskan dalam masa tersebut. 


Pemain hitam memiliki masa kurang dari 2 minit. Dia telah memanggil arbiter untuk "claim draw" sebelum masanya tamat. Dia juga telah memberhentikan jamnya. Dia menyatakan bahawa tuntutan untuk seri itu dilakukan kerana dalam kedudukan di atas, dia akan bermain gerakan Kh8, Kg7 etc dan lawannya tidak boleh menang melalui "normal means".

Sebagai arbiter, apakah keputusan anda dalam kes di atas? 
A) Bersetuju dengan pemain hitam dan memberikan mata seri
B) menangguhkan keputusan dan meminta agar permainan diteruskan
C) menolak tuntuan pemain hitam

Sebelum memberi keputusan, arbiter yang baik perlu memiliki skil untuk menganalisis permainan. Berdasarkan situasi di atas, sememangnya putih berpeluang untuk menang dengan cara membawa kingnya berdekatan ke arah pawn g6 dan seterusnya sacrifice pawn h7 ke h8 untuk mendapatkan tempo opposition di petak f6 dan seterusnya promote pawn g6 menjadi Queen. 

Namun, sebagai arbiter, kita dilarang untuk memberi isyarat kepada pemain bahawa situasi di atas merupakan situasi yang menang bagi putih.

Justeru, artikel undang-undang catur yang berkaitan dengan kes di atas boleh dipetik daripada Appendix G, G.5 yang menyatakan:

If Article G.4 does not apply and the player having the move has less than two minutes left on his clock, he may claim a draw before his flag falls. He shall summon the arbiter and may stop the chess clock (see Article 6.12 b). He may claim on the basis that his opponent cannot win by normal means, and/or that his opponent has been making no effort to win by normal means.

Berdasarkan artikel di atas, pemain hitam yang ingin menuntut seri telah pun melakukan perkara yang betul apabila memanggil arbiter dan memberhentikan jamnya sebelum jamnya tamat dalam keadaan masanya kurang dari 2 minit. 

Pemain hitam juga telah menerangkan kepada arbiter berkenaan alasannya mengapa dia menuntut untuk mendapatkan mata seri. 

Maka, disinilah terletaknya kebijaksanaan arbiter untuk menentukan keputusannya, sama ada pemain putih tidak boleh menang secara "normal means" ataupun putih tidak melakukan gerakan untuk menang secara "normal means" dan hanya menunggu masa hitam tamat. 

Undang-undang FIDE memberikan memberikan 3 pilihan, iaitu G.5 a, b dan c:

a. If the arbiter agrees that the opponent cannot win by normal means, or that the opponent has been making no effort to win the game by normal means, he shall declare the game drawn. Otherwise he shall postpone his decision or reject the claim.

Arbiter mengisytiharkan draw kerana bersetuju dengan hujah pemain hitam.

b. If the arbiter postpones his decision, the opponent may be awarded two extra minutes and the game shall continue, if possible, in the presence of an arbiter. The arbiter shall declare the final result later in the game or as soon as possible after the flag of either player has fallen. He shall declare the game drawn if he agrees that the opponent of the player whose flag has fallen cannot win by normal means, or that he was not making sufficient attempts to win by normal means.

Arbiter menangguhkan keputusannya dan meminta untuk menyambung permainan dengan pengawasan arbiter.

c. If the arbiter has rejected the claim, the opponent shall be awarded two extra minutes.

Arbiter menolak tuntutan pemain hitam dan memberikan masa tambahan 2 minit kepada pemain putih.

Sekiranya diperhatikan semua pilihan di atas, iaitu a, b dan c, yang manakah pilihan terbaik bagi arbiter dalam kes ini?

Sekiranya arbiter memilih pilihan "a", iaitu mengisytiharkan draw, perkara ini adalah kesalahan yang serius kerana putih sepatutnya boleh menang dalam situasi ini. Hujah pemain hitam menyatakan bahawa situasi ending ini adalah draw merupakan hujah yang salah.

Sekiranya arbiter memilih pilihan "c", iaitu menolak tuntuan pemain hitam yang berhujah bahawa situasi di atas adalah draw, perkara ini juga seolah-oleh memberi isyarat kepada putih bahawa sememangnya putih boleh menang dalam situasi di atas. Arbiter seboleh-bolehnya perlu mengelak daripada memberikan apa-apa isyarat kepada pemain tentang situasi permainan tersebut.

Maka, pilihan yang terbaik bagi arbiter ialah pilihan "b" iaitu menangguhkan keputusannya dan meminta agar kedua-dua pemain menyambung permainan di bawah pengawasan arbiter. Hitam perlu membuktikan bahawa situasi di atas adalah draw sementara putih pula perlu menunjukkan bahawa dia boleh menang melalui "normal means".

No comments:

Post a Comment