Sunday, November 9, 2014

Rook and 2 pawns vs Rook: Awasi Langkah Anda!!

Awas Langkah Anda!!
Ending ialah fasa yang penting untuk merealisasikan kelebihan yang dimiliki dari fasa opening dan middle game. Mengambil mudah kelebihan yang dimiliki juga boleh membawa padah.

Dalam ending Rook dan 2 pawns vs Rook, kebiasaannya ia akan mudah dimenangi, terutamanya apabila 2 pawns itu ialah pawn yang berada bersebelahan (connected) antara satu sama lain dan tidak mampu disekat oleh King lawan. Namun, apabila melibatkan pawn di a+b file ataupun g+h-file, pemain ini perlu lebih berhati-hati, seperti dalam permainan di bawah:


Charlie Wong (UTP CJKS) vs Salehuddin (Perak Chess Pomelo),
UTP Invitational Chess Tournament 2014, Round 6, 12/10/2014.
Putih memiliki kelebihan yang sangat nyata. King hitam berjaya menyekat pawn putih, malangnya Rook hitam pula tidak berjaya dalam misinya menyekat King putih daripada naik membantu pawn tersebut. 


85.Kh4 Rc4+ Check yang tidak memberi makna, kerana ia membantu pawn g pula untuk naik ke atas.

86.g4 Rb4 Untuk menghalang pawn g4 daripada mara ke atas. Dalam kedudukan ini, adalah penting untuk putih menolak pawn h ke hadapan berbanding pawn g agar ada ruang bagi King putih berlindung dari check oleh Rook dengan bantuan pawn g.

Selepas 86...Rb4
87.Re6 + Kh7 Putih terus memaksa King hitam untuk berundur.
88. h6 Rb5 Rook sepatutnya check King putih di petak h1, g1 atau f1 untuk melambatkan pergerakan pawn putih. Rooks belong behind the passed pawn!! Namun pawn putih sudah terlalu jauh ke hadapan.

89.g5 Rc5 Putih dengan mudah dapat menolak pawn g dan h ke hadapan.
90.Kh5 Rc8
Selepas 90...Rc8
91.Re7+ Kh8 Hitam berada di ambang kekalahan. Namun,
92.h7?? Tolakan yang terlampau cepat, cuba mengulangi kaedah yang sama pada 4th, 5th dan 6th rank, ternyata memakan diri. Persediaan perlu dilakukan sebelum menolak pawn masuk ke 7th rank. 

Selepas 92.h7??
Walaupun sekali imbas menampakkan putih tidak ada masalah untuk menang, tetapi hitam dapat mengesan peluang yang terhidang. Hitam bermain:

92...Rc6!! Mengancam check di petak h6+!! Kxh6 dan stalemate!!
92...Rc7 juga membawa kepada idea yang sama!

93.g6 
Sekiranya 93.Rf7 Rh6+!! Check sambil mengancam untuk makan pawn h7. 
Ataupun 93.Rd7 Rc7! 
Idea hitam ialah untuk mematikan Rooknya dan hitam akan mendapat stalemate!
Sekiranya 93.Kg4 Rc4+ 94.Kf5 Rf4+!! 95.Kg6 Rf6+!! Desperado 96.Kh5 Rh6+ Draw. Antara taktik yang biasa ditemui dalam buku tetapi jarang ditemui dalam tournament sebenar.

93...Rxg6!!
Selepas 93...Rxg6!!
94.Rf7 usaha putih yang terakhir, mengharapkan hitam melakukan kesilapan dalam minit-minit terakhir permainan.
94...Rg7! Pawn h7 akan mati. Draw.

Tahniah hitam kerana semangat melawan yang kental sehingga ke titisan darah terakhir. Satu position ending yang jarang ditemui telah berlaku dalam tournament ini.

Berbalik kepada gerakan 92.h7??, putih sepatutnya bermain: 92.g6!!

Analisis: Selepas 92.g6!
Putih mengancam untuk checkmate hitam melalui back rank sekiranya tiada rook yang menjaga 8th Rank. Dalam kedudukan ini, hitam hanya memiliki 3 pilihan yang semuanya membawa kekalahan:

1) Hitam hanya menggerakkan Rook di 8th Rank, melindungi dari back rank mate. 
Eg: 92...Ra8 93.Re5 menghalang Rook hitam daripada check King putih
93...Rc8 
94.Kg5 (bersedia untuk menolak pawn h7, sekiranya ...Kg7, petak f6 telah dilindungi oleh Kg5, King hitam tidak boleh melarikan diri melalui petak f6.)
94...Rd8 
95.h7 Kg7 (untuk menghalang putih dari bermain Kh6)
96.Re7+ Kh8
97.Kh6 mengancam mate dengan g7!!

2) Hitam menggerakkan Rook untuk check king putih
92...Rc5+ King putih hanya perlu mencari petak yang tidak boleh diserang oleh Rook hitam. Petak yang selamat ialah petak f7!
93.Kg4 Rc4+
94.Kf5 Rc5+
95.Kf6 Rc6+
96.Kf7!! King sudah selamat dilindungi.
96...Rc8 (If 96...Rc7 Trap stalemate 97.g7+!! dan g8=Q+)
97.Re8+

3) Hitam menggerakkan Kingnya
92...Kg8
93.h7+ Kh8
94.Kh6 mengancam mate dengan g7

Kesimpulannya, dalam bermain ending, apabila pawn berada di 6th dan 7th rank, pemain itu perlu lebih berhati-hati kerana ancaman stalemate dari pemain lawan terutamanya apabila melibatkan rook pawn. 

No comments:

Post a Comment