Thursday, July 17, 2014

UTP Mini Tournament July 2014...

Toh Yew Leong vs Sultan Yagmurov (Pusingan 4)

White to Move
Hitam memiliki sedikit kelebihan namun gagal menggunakan kelebihan ini untuk memenangi pertarungan ini. Hitam boleh meletakkan kedua-dua rook di 7th rank untuk mengepung king Putih namun putih akhirnya berjaya juga mencuri separuh mata daripada permainan ini.


Sultan Yagmurov vs Suniil (Pusingan 5)



Black to Move

Dalam pusingan terakhir ini, Suniil yang ketinggalan setengah mata menggunakan segala kemampuan yang ada untuk menumpaskan pilihan pertama kejohanan. Kesilapan putih ketika melakukan calculation menjadikan hitam berkelebihan 1 piece. Dalam kedudukan di atas, hitam masih dapat mengekalkan kelebihan 1 piece dengan gerakan seterusnya iaitu ...Rxf1+, Rxf1 e6. Dengan kemenangan ini, Suniil berjaya mengumpul mata tertinggi dengan 4 mata.


Charlie Wong vs Toh Yew Leong (Pusingan 5)

White to Move

Toh Yew Leong menghadapi tugas mudah untuk hanya seri bagi mengekalkan beliau di tangga teratas. Namun, dalam permainan di atas, kedudukan beliau berada dalam keaadan yang amat kurang selesa. Rook di petak c4 sudah terperangkap, ditambah dengan Rook g6 yang ketiadaan ruang untuk bergerak. Bagi Putih pula, kedua Knight putih menguasai medan pertempuran. Apakah gerakan terbaik untuk putih dalam kedudukan di atas?

Putih bermain: Nc6! untuk menyerang Queen di petak a7 sambil mengancam checkmate di petak d8! Hitam ketiadaan pilihan selain daripada mengorbankan Queen untuk mengelak dari Checkmate dan akhirnya telah dalam permainan ini...

No comments:

Post a Comment