![]() |
GM Laurent Fressinet ketika menentang GM Ding Liren di pusingan ketiga Alekhine Memorial 2013 (Sumber: www.chessbase.com) |
Dalam kehangatan kempen Pilihanraya Umum yang ke-13, kemuncaknya ialah proses pembuangan undi yang akan berlangsung pada 5 Mei 2013. Kuantiti calon yang bertanding di peringkat Parlimen dan Dun semakin bertambah, menampakkan ruang demokrasi makin luas. Tetapi apakah kualiti calon semakin bertambah baik? Diharapkan pengundi-pengundi akan membuat pilihan yang terbaik untuk mengutamakan kualiti calon yang bertanding baik dari segi latar belakang keilmuan, integriti, manifesto dan keupayaan untuk berkhidmat kepada rakyat.
Dalam pertandingan catur Alekhine Memorial yang juga sedang hangat berlangsung di Paris, GM Vladimir Kramnik yang bermain putih telah kecundang kepada GM Laurent Fressinet dalam gerakan terbaru yang diperkenalkan dalam fasa opening hasil daripada persediaan rapi sebelum perlawanan. GM Fressinet menunjukkan kepada kita bagaimana kualiti pieces adalah lebih penting berbanding kuantiti atau bilangan pieces. GM Vladimir Kramnik yang juga bekas juara dunia tewas hanya dalam 32 pergerakan.
GM Vladimir Kramnik (2801) - GM Laurent Fressinet (2706) Alekhine Memorial, Round 6, 25 April 2013.
1. Nf3 d5 2. g3
Inilah gaya permainan yang dipilih oleh Kramnik akhir-akhir. Beliau memilih untuk bermain 2.g3 lebih awal, seterusnya meletakkan Bishop di petak g2, castling dan memilih untuk menewaskan lawannya dalam fasa middle game.
![]() |
Selepas 2...Nb8-c6 |
2...Nc6
Fressinet memilih gerakan yang amat jarang dimainkan, berkemungkinan untuk mengejutkan Kramnik. Pada pusingan pertama, lawan Kramnik iaitu GM Vitiugov memilih 2...c6 3.Bg4 Bg2 4.O-O Nd7 5.d3 Ngf6 6.Qe1 e5 7.e4, malangnya Vitiugov telah tewas kepada Kramnik dalam fasa ending. Mungkin inilah antara sebabnya Fressinet memilih untuk mencuba bermain 2...Nc6. Dalam kedudukan ini, saya lebih suka bermain setup 2...c6 kerana sudah pasti putih akan bermain Bg2 dan memberi tekanan kepada pawn d5.