![]() |
Akiba Rubinstein (wikipedia) |
Setiap legenda catur mempunyai kepakaran mereka yang tersendiri. Menurut Mikhalchishin, pemain seperti Botvinnik terkenal dengan teknik "centralization", Alekhine dengan kemahiran mencari inititative dalam fasa opening, Capablance dengan teknik permainan fasa ending dan Rubinstein sebagai antara pakar "exchange technique".
Antara kepentingan mempelajari permainan klasik ialah untuk memahami bagaimana pemain-pemain terbaik ini mengaplikasikan kemahiran istimewa mereka. Inilah yang berlaku baru-baru ini apabila Viswanathan Anand yang bermain buah hitam berjaya menumpaskan Levon Aronian dengan hanya 23 gerakan! Permainan ini mengingatkan kita kepada permainan yang pernah dimainkan lebih 100 tahun yang lalu oleh Rubinstein, iaitu bagaimana dalam posisi yang hampir sama, hitam melancarkan serangan menggunakan kombinasi Queen, Knight dan 2 Bishop.
Georg A Rotlewi vs Akiba Rubinstein (1907)
1. d4 d5 2. Nf3 e6 3. e3 c5 4. c4 Nc6 5. Nc3 Nf6 6. dxc5 Bxc5 7. a3 a6 8. b4 Bd6 9. Bb2 O-O 10. Qd2 Qe7 11. Bd3 dxc4 12. Bxc4 b5 13. Bd3 Rd8 14. Qe2 Bb7 15. O-O Putih ketinggalan dalam fasa opening, tertinggal hampir 2 tempo berbanding hitam 15...Ne5! Menurut Grivas Efstratios, dalam kedudukan symmetrical, adalah sangat penting untuk mencipta initiative dengan cara membuka ruang serangan / diagonal...
16. Nxe5 Bxe5 17. f4?! Bc7 18. e4 Rac8 19. e5?! Bb6+ 20. Kh1 Ng4!
16. Nxe5 Bxe5 17. f4?! Bc7 18. e4 Rac8 19. e5?! Bb6+ 20. Kh1 Ng4!
Sekarang, perhatikan bagaimana hitam mengendalikan serangan yang menarik ini menggunakan 2 Bishop, Knight dan Queen serta dibantu oleh Rook.