Saturday, January 5, 2013

SPECIAL RESULT?

Selamat Tinggal Kenangan 2012...
Belum terlambat untuk saya mengucapkan Selamat Menyambut Tahun Baru 2013! Moga tahun baru ini akan memberikan kita lebih banyak motivasi untuk berusaha mencapai azam yang telah ditetapkan. Moga dengan bertambahnya usia kita juga akan lebih mematangkan kita dalam mengambil apa-apa tindakan, terutamanya dalam dunia catur yang dipenuhi dengan golongan bijak pandai yang terdiri daripada para pemain, jurulatih, pengurus, pegawai, arbiter dan blogger yang memiliki pelbagai gaya dan ragam. Saya juga berazam untuk lebih cuba memperbanyakkan lagi artikel-artikel yang dapat memberi manfaat kepada dunia catur tanah air.

Dalam mana-mana kejohanan catur yang kita pergi, keputusan catur yang biasa dimasukkan ialah sama ada 1-0, 0-1, ataupun berakhir dengan seri iaitu 0.5 - 0.5. Ini adalah keputusan standard yang boleh difahami oleh mana-mana pemain catur.

Namun, pernahkah anda mendengar keputusan yang berakhir dengan 0.5 - 0? Adakah keputusan seperti ini wujud dalam FIDE Laws of Chess?

Untuk menjawab persoalan ini, saya bentangkan contoh dari FIDE Laws of Chess yang digunapakai sekarang:


Artikel 7.4 (b):
After the action taken under Article 7.4.a, for the first two illegal moves by a player the arbiter shall give two minutes extra time to his opponent in each instance; for a third illegal move by the same player, the arbiter shall declare the game lost by this player. However, the game is drawn if the position is such that the opponent cannot checkmate the player’s king by any possible series of legal moves.

Berdasarkan artikel di atas, pada gerakan illegal move yang ketiga dalam permainan yang sama, pemain yang melakukannya akan diisytiharkan kalah dengan mendapat mata 0. Tetapi, permainan itu diberikan mata seri, iaitu 0.5-0.5, sekiranya lawan tersebut tidak boleh melakukan checkmate terhadap pemain yang melakukan illegal move tersebut. Artikel ini menyebut secara jelas menggunakan perkataan "the game is drawn" dengan maksud keputusannya ialah 0.5-0.5. Apa yang saya nak tunjukkan di sini ialah bagaimana wujudnya keputusan 1-0/0-1 dan 0.5-0.5 berdasarkan artikel di atas.

Tetapi, lihat pula artikel berikut:

Artikel 12.3 (b):

Without the permission of the arbiter a player is forbidden to have a mobile phone or other electronic means of communication in the playing venue, unless they are completely switched off. If any such device produces a sound, the player shall lose the game. The opponent shall win. However, if the opponent cannot win the game by any series of legal moves, his score shall be a draw.


Artikel di atas adalah berkenaan peralatan elektronik yang berbunyi sewaktu bermain. Sekiranya handphone berbunyi, pemain tersebut akan diisytiharkan kalah dan mendapat mata 0 dan 1 mata diberikan kepada lawannya. Tetapi, sekiranya lawan tidak boleh menang dengan menggerakkan pieces sehingga checkmate, lawan itu hanya akan diberikan 0.5 mata dan bukan 1 mata. Jadi, keputusannya ialah sama ada 1-0/0-1 ataupun 0-0.5 kerana lawannya tidak boleh checkmate! Sekiranya diperhatikan betul-betul, artikel ini secara khususnya menyebut "his score shall be a draw" dengan merujuk kepada pemain yang menang itu hanya boleh mendapat draw (0.5 mata) sedangkan lawannya masih kekal dengan 0 mata kerana handphone berbunyi!

Dalam Swiss Manager, kita boleh melihat bagaimana special result ini dibenarkan untuk dimasukkan ke dalam ruangan result. Untuk perbincangan lebih lanjut boleh lihat dalam artikel terkini oleh Geurt Gjissen dalam ruangannya An Arbiter's Note di www.chesscafe.com.

Selamat Menyambut Tahun Baru 2013!

Armanov,
Bandar Seri Botani,
Ipoh, Perak...

No comments:

Post a Comment