Sunday, June 10, 2012

Romantic Chess...

Teringat tentang Venice yang baru saya kunjungi pada April lalu kerana membentang kertas kerja di International Conference on Social Sciences 2012. Kepulauan Venice yang dipenuhi dengan suasana romantik, haruman jambangan bunga, kesegaran udara lautan Mediterranean yang dinginnya masih mencubit kulit, sebagai tanda sudah berakhirnya musim sejuk dan bermulanya musim bunga. Indahnya!
Udara Venice yang masih dingin meskipun matahari sudah agak terik memancar...


Catur juga pernah melalui era "Romantic Chess". Ketika zaman ini, terutamanya semasa kurun ke-19, seni permainan catur lebih terarah kepada seni kemenangan yang berlandaskan corak serangan terbuka, taktik, sacrifice dan mate! Kemenangan bukan hanya setakat melakukan checkmate, tetapi kemenangan sebenar ialah menang dengan cara penuh bergaya!

Ketika era romantik ini, gambit digunakan dalam fasa opening. kebiasaanya adalah "gambit accepted" dan jarang ditemui pemain yang memilih untuk "declined". Oleh itu, ketika zaman ini, dapat dilihat perkembangan opening seperti King's Gambit Accepted dan Evan's Gambit Accepted. Antara contoh terbaik ialah Italian Game yang dimainkan beratus-ratus tahun dahulu oleh Gioachino Greco (Pemain Itali yang meninggal dunia lebih kurang pada 1634), yang juga merupakan sebahagian daripada zaman Romantik ini.

Putih : Greco
Hitam : Anonymous


1.e4 e5 2.Nf3 Nc6 3.Bc4 Giuoco Piano!
Selepas 3.Bf1-c4
3...Bc5 
Centre : Putih mengawal petak d5 dengan pawn dan Bishop, sementara Knight putih menyerang e5.  Hitam pula mengawal petak d4 dengan pawn, Bishop dan Knight.

4.c3 
Idea putih dalam permainan ini ialah untuk melambatkan pergerakan pawn ke-d4 sehinggalah pawn itu disokong oleh pawn c3. Putih berusaha mengekalkan pawn di petak d4 dan e4.


4...Nf6! 
Hitam menyerang pawn e4, yang kebiasaannya dilindungi oleh Knight di petak c3. Adakah putih akan mempertahankan pawn e4 atau mengorbankannya? 

Selepas 4...Ng8-f6

5.d4
Gambit! Pawn e4 tidak dilindungi... putih terus berusaha menguasai petak tengah dengan mengorbankan pawn e4.

5...exd4 6. cxd4 Bb4+! 
Gerakan yang aktif! Menunggu reaksi putih sama ada bermain Nc3 atau Bd2 atau lain-lain gerakan.

7.Nc3! 
Sekiranya 7.Bd2 Bxd2+ 8.Nbxd2 d5! membolehkan hitam memecah dan seterusnya mengimbangi (equalize) penguasaan petak tengah.

Selepas 7.Nb1-c3

7...Nxe4 
Putih sudah kekurangan 1 pawn.

8.O-O 
Selamatkan King anda sebelum pertempuran sebenar bermula!  Sekarang Hitam mempunyai 2 pilihan: a) memulangkan semula kelebihan 1 pawn kepada putih dan bersedia untuk menerima keputusan draw. b) mengekalkan kelebihan 1 pawn dengan membenarkan putih mengatur serangan besar-besaran.

8...Nxc3 
Memilih pilihan a. Persoalannya, bilakah sepatutnya hitam memulangkan semula kelebihan 1 pawn yang dimilikinya?
Selepas 8...Ne4xc3

9.bxc3 Bxc3 10.Qb3 Bxa1 
Hitam terlalu tamak. Lebih baik untuk hitam bermain 10...d5! (memulangkan semula 1 pawn kepada putih) 11.Bxd5 O-O 12.Bxf7+ Kh8! 13.Qxc3 Rxf7 
Selepas 10...Bc3xa1
11.Bxf7+!
Serangan besar-besaran putih sudah bermula. Perhatikan cara serangan era romantik ala Greco, Italy pada kurun ke-17...

11...Kf8 12.Bg5 
Serangan ke atas King diikuti pula dengan serangan ke atas Queen, sambil mengepung jalan keluar King. 

12...Ne7 Queen hampir2 kena checkmate!

13. Ne5 Knight pula mengambil kedudukan yang penting di tengah2 medan pertempuran.. 

13...Bxd4 Bishop cuba memberi bantuan untuk kembali ke kem melindungi King yang sudah tidak boleh bergerak. 
Selepas 13...Ba1xd4
14.Bg6! 
Gerakan yang sangat penting, yang memberikan ruang kepada Queen untuk checkmate di petak f7! 

14...d5 Menutup laluan Queen putih. 

15. Qf3+ Laluan lain masih lagi terbuka! 

15...Bf5 16. Bxf5 Bxe5 Putih kehilangan Knight, sementara hitam pula kehilangan Bishop. Mampukah putih meneruskan serangan? 
Selepas 16...Bd4xe5
17. Be6+! Bf6

18. Bxf6 Ke8 Bishop itu tidak boleh dimakan oleh pawn kerana mate in 2! (18... gxf6 19. Qxf6+ Ke8 20. Qf7#) 

19. Bxg7 Hitam menyerah kalah kerana ancaman checkmate yang tidak dapat dielakkan. 1-0

No comments:

Post a Comment