Thursday, April 5, 2012

Seni Peperangan...


Baru-baru ini ketika sedang asyik membaca buku di atas, saya tertarik kepada satu perenggan yang berbunyi: 
"To operate the army successfully, we must avoid the enemy's strong points and seek out his weak points. As the water changes its course in accordance with the contours of the terrain, so a warrior changes his tactics in accordance with the enemy's changing situation..."
Sunzi in The Art of War (2500 years ago)


Weak points!? 

Teringat saya pada satu game yang pernah dibincangkan oleh IM Robert Gwaze beberapa tahun dulu ketika kursus kem bakat MSSKL. 
Dalam permainan berikut, Gwaze menunjukkan bagaimana Botvinnik menunjukkan seni serangan yang menjurus hanya kepada satu titik lemah yang wujud dalam kem musuh. Perlawanan ini berlangsung pada tahun 1963 di Amsterdam.


Botvinnik - Jan Hein Donner

Selepas 13...Bc5-e7

Dalam diagram di atas, terdapat beberapa titik kelemahan yang terdapat pada rank ketiga dalam kem hitam. Antaranya ialah a6, c6 dan d6. Ketiga-tiga petak ini tidak dilindungi oleh pawn, tetapi terpaksa dilindungi oleh Bishop di b7 dan e7. Bagaimanakah Botvinnik memanipulasi keadaan ini?


14.Nd4!?
Botvinnik sedang menghalakan serangannya ke arah petak c6! Knight d5 menyerang petak c6 sementara Bishop g2 pula sengaja ditukarkan dengan Bishop b7 untuk menghilangkan pelindung petak c6, seterusnya memudahkan putih untuk menguasai petak c6.

14...Bxg2 15.Kxg2 Qc7
Sekarang hitam terpaksa melindungi petak c6 menggunakan Queen. Dalam masa yang sama Queen ini juga mengancam untuk melakukan check di petak b7.
Bagaimanakah Botvinnik meneruskan misinya untuk terus menyerang petak c6?

Selepas 15...Qd8-c7

16.Qb3!?
Botvinnik sudah bersedia untuk berhadapan dengan Queen check di petak b7 dengan bermain Qf3, untuk menukar Queen.

16...Rfc8 17.Rfc1 Qb7+ 18.Qf3! 
Putih tidak takut untuk menukar Queen kerana kelemahan petak c6 hitam akan terus terserlah. Hanya Queen hitam yang boleh membantu untuk melindungi petak c6. Pertarungan untuk merebut c-file juga sedang bermula. Namun putih memiliki sedikit kelebihan kerana kelemahan petak c6 yang ditanggung oleh hitam.

18...Nd4
Hitam tidak mahu untuk menukar Queen. Hitam cuba menggunakan Knight untuk menguasai petak tengah sambil melindungi Queen daripada ditukar. 
Apakah yang perlu putih lakukan sekarang?

Selepas 18...Nd4
19.e4! N5f6
Menghalau semula Knight ke tempat asalnya. Knight itu tidak boleh dibiarkan bebas berlari ditengah-tengah medan peperangan. Sekarang putih kembali memberikan tumpuannya untuk menguasai petak c6.

20.b5!
Gerakan ini telah mengukuhkan lagi cengkaman putih terhadap petak c6. Hitam tidak boleh terus berdiam diri dan pasif dalam menghadapi ombak serangan putih.

20...a6
Mencabar kedudukan pawn b5. 
Apakah tindak balas putih seterusnya?

Selepas 20...a7-a6
21. Nc6!
Putih memilih masa yang sesuai untuk menceroboh petak c6 menggunakan Knight. Hitam tidak mempunyai masa untuk bermain axb5 kerana Bishop e7 yang tidak dilindungi.

21...Bf8 (Mungkin lebih baik untuk hitam bermain 21...Bc5 menutup c-file.)

22.a4 axb5 23.axb5 (Masih mengekalkan penguasaan petak c6)

23...Rxa1 24.Rxa1 Ra8
Hitam mengajak putih untuk menukar Rook. Perlukah putih menerima cabaran Rook hitam?

Selepas 24...Rc8-a8

25.Rd1!
Mengapa Rook perlu diletakkan di d-file? Dalam posisi di atas, ada 3 open file iaitu a, c dan d-file. Antara sebab mengapa Botvinnik memilih untuk menguasai d-file ialah kerana Rook hitam tidak boleh mencabar penguasaan Rook putih di d-file kerana petak d8 dikuasai oleh Knight c6. Tambahan pula, putih turut mengintai untuk menguasai petak d6....

25...Ne8 (Hitam sedang cuba mengatur semula kedudukan pieces. Petak d6 juga perlu dipertahankan!)

26.Nc4
Gerakan yang sangat penting kerana Knight ini membantu untuk menyerang pawn b6 dan petak d6. Queen hitam terpaksa bertahan kerana selain dari petak c6, kini pawn b6 pula diserang.

26...Nc5
Selepas 27.e4-e5
27.e5
Fungsi pawn ini di petak e4 ialah untuk menjaga petak d5 dari diceroboh oleh Knight f6. Sekarang, Knight itu sudah berundur ke petak e8, jadi fungsi pawn ini ditukar untuk menjaga petak d6 dan f6! Knight e8 terus tersekat pergerakannya. Gerakan ini juga membuka ruang Queen putih untuk menguasai diagonal a8 - h1.

27...Rc8 28.Ra1!
Sekarang putih pula menguasai a-file. Apakah akan berlaku sekiranya hitam cuba mencabar a-file dengan bermain 28...Ra8? 29.Rxa8 Qxa8 30.Ne7+! Bxe7 31.Qxa8. Sekarang putih mengancam untuk bermain Ra7.

28...Rc7 29.Ra7!
Penguasaan putih di a-file dimanfaatkan sepenuhnya.
Selepas 29.Ra1-a7

Perhatikan kedudukan di atas. Queen hitam yang pasif sudah kelemasan dan tidak mempunyai ruang untuk melarikan diri. Sekiranya 29...Qc8 30.Nxb6!

29...Qxa7 30.Nxa7 Rxa7 31.Nxb6 1-0 

Strategi Botvinnik yang berjaya mengesan kelemahan petak c6 dan seterusnya merangka strategi demi memastikan penguasaan petak c6 akhirnya menjadi kunci kejayaan beliau. 
Gerakan pawn, knight dan rook yang sungguh harmoni dan tepat pada masanya merupakan antara skill yang perlu kita pelajari....

Armanov,
Bandar Seri Botani, Ipoh. 

No comments:

Post a Comment