Wednesday, February 18, 2015

Good Nite!

Pertembungan GM Anand dan GM Nakamura pada kejohanan Zurich Chess Challenge 2015 semalam telah berpihak kepada Anand. Anand telah menunjukkan permainan yang hebat dengan kefahaman positional yang lebih baik berbanding Nakamura apabila dia berjaya membuktikan Knightnya lebih baik berbanding Bishop Nakamura. 

Dalam permainan ini, kelemahan backward pawn Hikaru Nakamura telah dimanfaatkan dengan sebaiknya oleh kombinasi Knight, Queen dan Rook putih, ditambah pula dengan kedudukan Bishop hitam yang tidak mampu menyerang kedudukan putih kerana ketiadaan sasaran yang jelas.

Dalam kedudukan di bawah, putih memiliki kelebihan ruang untuk bebas bergerak berbanding hitam. Kesemua pawn putih berada di petak gelap dan kesemua pawn hitam berada di petak cerah. Bagaimanakah putih meneruskan permainan dalam kedudukan di bawah?
Selepas 22...h7-h5
[Round 4, Zurich Chess Challenge 2015]
GM V. Anand (2797) - GM H. Nakamura, (2776)

Sunday, February 1, 2015

Gibraltar Masters 2015: Pentala Harikrishna (2723) vs Ioan-Christian Chirila (2548)

Permainan ini menunjukkan bagaimana dengan hanya sedikit kesilapan dalam fasa opening, ia telah memberi masalah kepada hitam untuk bertahan dalam fasa middle-game. Putih menunjukkan kepada kita bagaimanakah serangan bertali arus dapat dilancarkan dengan koordinasi Queen, 2 Bishops dan 1 Rook. 

Gibraltar Masters 2015, 2015.01.29, Round: 3, 
Harikrishna, Pentala (2723)-Chirila, Ioan-Cristian (2548)

1. e4 e5 2. Nf3 Nc6 3. Bb5
Selepas 3.Bf1-b5
Putih memilih  untuk bermain Ruy Lopez ataupun Spanish Torture. Putih memulakan permainan dengan memberi tekanan kepada pawn e5.

3... Nf6 Hitam mengeluarkan Knight sambil menyerang pawn e4.
4. d3 Berkemungkinan untuk mengelakkan hitam daripada bermain solid Open Berlin Defence bermula dengan 4...Nxe4. Kebiasaannya, selepas 3...Nf6, putih akan castling dan permainan boleh bersambung dengan 4.O-O Nxe4 5.d4! Nd6 6.dxe5! Nxb5 7.a4 (Alekhine-Poindle, 1936)
4...Bc5 
5. O-O Nd4 

Monday, January 19, 2015

Moga Dirimu Tenang Di Alam Sana...

Al-fatihah buat arwah Ahmad Fadzil Nayan...

18 Januari 2015, pada pagi Ahad di Kuala Lumpur yang tenang, saya menerima perkhabaran yang kurang menyenangkan tentang kesihatan Ahmad Fadzil Nayan, seorang pemain catur kebangsaan yang berasal dari Perak. Beliau yang dilaporkan berada di ICU KPJ Ipoh dalam keadaan yang kritikal, hanya mengharapkan keajaiban untuk pulih. Saya terus berdoa agar kesihatan beliau kembali pulih dan diberi kesempatan untuk saya menziarahinya sebaik sahaja saya tiba di Ipoh malam nanti. Saya cukup yakin bahawa beliau akan kembali pulih memandangkan usianya yang masih lagi muda, 27 tahun. Perak baru sahaja kehilangan Cikgu Shahrul Nizam Shahruddin pada tahun lepas yang meninggal dunia di KPJ Ipoh juga, dan harapan saya ini bukanlah kes yang kedua untuk Perak.

Namun telahan saya kali ini telah tersilap. ICU bukanlah tempat untuk mengharapkan keajaiban berlaku. Saya dimaklumkan oleh Encik Faiz Razali melalui WhatsApp bahawa Ahmad Fadzil Nayan telah meninggal dunia pada jam 9:08 malam. Begitu juga oleh Kak Ju yang telah menelefon saya. Pada ketika itu, saya baru sahaja tiba di Ipoh. 

Monday, December 22, 2014

NRBCC2014 FIDE rating updated!



Terima kasih kepada IA Lim Tse Pin dan Chief Arbiter Mohd Najib Wahab yang telah bekerja keras untuk memastikan FIDE rating pada pertandingan catur NRBCC2014 yang telah diadakan pada 22 dan 23 November yang lalu dapat dikemaskini oleh FIDE pada bulan Disember. Pemain boleh melihat rating rapid dan blitz terkini masing-masing di laman web www.fide.com.



Friday, November 28, 2014

NRBCC2014 Rapid round 5

FONG YIT SAN 2054 - EVAN CAPEL 2126, Round 5.

1. e4 d5 2. exd5 Qxd5 3. Nc3 Qd6 4. d4 Nf6 5. Nf3 a6 6. Be2 Bg4 7. h3 Bh5 8. g4 Bg6 9. Ne5 Nc6 10. Nxc6 bxc6 11. Be3 e6 12. Qd2 Nd5 13. Nxd5 cxd5 14. c4 dxc4 15. Bxc4? 

Fong Yit San vs Evan Capel, Round 5, selepas 15.Bf1xc4?

15...Qc6! 16. d5 Qxc4 17. Qc3 0-1

MUHD SYAZWAN 2025 - NELSON VILLANUEVA 2277, Round 5

Thursday, November 27, 2014

NRBCC2014 Rapid Round 4

FONG YIT SAN 2054 - NELSON VILLANUEVA 2277, Round 4.

1. e4 c6 2. d4 d5 3. exd5 cxd5 4. Bd3 Nc6 5. c3 Qc7 6. h3 Nf6 7. Nf3 g6 8.O-O Bf5 9. Re1 Bg7 10. Bxf5 gxf5 11. Nh4 O-O-O 12. Nxf5 Bf8 13. Qf3 Ne4 14. Bf4 Qd7 15. Ng3 f5 16. Nd2 e6 17. Qe3 Bd6 18. Bxd6 Qxd6 19. Ngxe4 fxe4 20. f3 Rhg8 21.fxe4 e5 22. dxe5 Nxe5 23. Re2 Rdf8 24. exd5 Qxd5? 

Fong Yit San vs Nelson Villanueva, Round 4, selepas 24...Qd6xd5

25.c4! Nf3+ 26. Kh1 Qc6 27. Nxf3 Re8 28. Qf2 Rxe2 29. Qxe2 Re8 30. Qc2 Qf6 31. Rd1 Re3 32. Qd2 Qe7 33.Re1 Rxe1+ 34. Qxe1 Qd6 35. Qe8+ Kc7 36. Qe5 1-0

EVAN CAPEL 2126 - Chan Sheng Yip 2013, Round 4.

Beberapa Permainan dari Pertandingan Catur Rapid Kebangsaan (NRBCC2014) Round 1

HAIRUL ABDUL HAMID 1657 - IAN UDANI 2346, Round 1.

1. d4 Nf6 2. Nf3 c5 3. e3 g6 4. c4 cxd4 5. exd4 d5 6. Nc3 Bg7 7.b3 O-O 8.cxd5 Nbd7 9. d6 exd6 10. Be2 Nb6 11. O-O Be6 12.Qd1 Rc8 13. Bg5 h6 14. Bh4 Nbd5 15. Nxd5 Bxd5 16. Qa4 Qb6 17.b3? Ne4! 18. Qb5 Nc3 

Hairul Abdul Hamid vs Ian Udani, NRBCC2014, selepas 18...Ne4-c3
19. Qd3 Rfe8 20.Rfe1 Nxe2+ 21. Rxe2 Rxe2 22. Qxe2 Qc6 23.Ne1 Re8 24. Qd2 Re4 25. Rc1 Qe8 26.Nf3 Re2 27. Qa5 Qe6 28.Bg3 g5 29. Qd8+ Kh7 30. Bxd6 Bxf3 31. gxf3 Rxa2 32. Bf8 Bf6 33.Qd6 Qxd6 34. Bxd6 Bxd4 35. Bg3 Ra1 36. Rxa1 Bxa1 37. Kf1 Kg6 38.Ke2 Kf5 39. Bd6 Be5 40.Bf8 h5 41. h3 Ke6 42. Bh6 f6 43.Kd3 Kd5 44. Bf8 Bd4 45.Be7 b5 46. Ke2 a5 47. Bd8 a4 48. bxa4 bxa4 49. Be7 Kc4 50. Kd2 Kb3 51. Kc1 a3
0-1

Nelson Villanueva 2277 - Benjamin Lee 1579, Round 1.