![]() |
| GM Nigel Short vs GM Francis Vallejo Pons dalam pusingan akhir yang dimenangi oleh GM Vallejo Pons (Source: www.bangkokchess.com) |
Pertembungan antara GM Francis Vallejo Pons (2691) dengan IM Wynn Zaw Htun (2407) pada 15 April pada kejohanan 16th Bangkok Open 2016 yang lalu amat menarik untuk dikongsi. Ketika anotasi ini ditulis, FM Yeoh Li Tian sedang berhadapan dengan GM Nigel Short pada pusingan kelapan kejohanan yang sama (Yeoh Li Tian telah tewas kepada Nigel Short). Setakat ini, Yeoh Li Tian cemerlang apabila berjaya draw dengan GM Ildar Khairullin (Rusia) dan GM Narayanan Sunilduth (India) tetapi tewas kepada GM Loek Van Wely (Netherland).
GM Francisco Vallejo Pons setakat ini telah bermain dengan begitu baik dalam kejohanan ini. Dalam pusingan ketujuh, beliau telah bermain gerakan 6.Bg5 terhadap pertahanan Sicilian variasi Najdorf dan telah menggunakan gerakan yang dipopularkan oleh Perenyi untuk memusnahkan pertahanan hitam. Nama Perenyi bukanlah begitu masyhur di negara kita. IM Bela Perenyi ialah seorang juara catur Hungary dan amat terkenal dengan teori buka mainan terutamanya dalam Sicilian Najdorf. Beliau meninggal dunia pada tahun 1988 dalam usia yang masih muda, iaitu 35 tahun dalam kemalangan jalan raya. Dalam permainan yang dimainkan semalam, GM Francisco Vallejo Pons menunjukkan kepada kita bagaimanakah beliau menggunakan idea daripada Perenyi yang melibatkan banyak taktik dan sacrifice untuk memusnahkan pertahanan hitam.
GM Francisco Vallejo Pons - IM Wynn Zaw Htun, 16th Bangkok Open 2016, Round 7, 15 April 2016.
1. e4 c5 2. Nf3 d6 3. d4 cxd4 4. Nxd4 Nf6 5. Nc3 a6 6. Bg5
![]() |
| Selepas 6.Bc1-g5 |
Putih memilih gerakan 6.Bg5 untuk menghadapi pertahanan Sicilian variasi Najdorf. Variasi ini adalah antara variasi yang sukar untuk dikuasai sepenuhnya kerana sudah banyak analisis yang telah dilakukan terhadap variasi ini. Jadi, GM Vallejo ingin menguji sejauh manakah kefahaman IM Wynn terhadap pertahanan ini.





