Permainan ini menunjukkan bagaimana dengan hanya sedikit kesilapan dalam fasa opening, ia telah memberi masalah kepada hitam untuk bertahan dalam fasa middle-game. Putih menunjukkan kepada kita bagaimanakah serangan bertali arus dapat dilancarkan dengan koordinasi Queen, 2 Bishops dan 1 Rook.
Gibraltar Masters 2015, 2015.01.29, Round: 3,
Harikrishna, Pentala (2723)-Chirila, Ioan-Cristian (2548)
1. e4 e5 2. Nf3 Nc6 3. Bb5
 |
| Selepas 3.Bf1-b5 |
Putih memilih untuk bermain Ruy Lopez ataupun Spanish Torture. Putih memulakan permainan dengan memberi tekanan kepada pawn e5.
3... Nf6 Hitam mengeluarkan Knight sambil menyerang pawn e4.
4. d3 Berkemungkinan untuk mengelakkan hitam daripada bermain solid Open Berlin Defence bermula dengan 4...Nxe4. Kebiasaannya, selepas 3...Nf6, putih akan castling dan permainan boleh bersambung dengan 4.O-O Nxe4 5.d4! Nd6 6.dxe5! Nxb5 7.a4 (Alekhine-Poindle, 1936)
4...Bc5
5. O-O Nd4