Friday, October 5, 2012

FIDE October Rating List

FIDE rating list Oktober 2012
FIDE baru sahaja mengeluarkan rating list terbaru pada awal Oktober. Daripada senarai pemain Malaysia, terdapat 231 nama yang termasuk di bawah senarai "active list". Pemain negara dengan rating tertinggi ialah IM Mok Tze-Meng (2373), diikuti oleh IM Mashafizulhilmi (2355), FM Ronnie Lim (2324) dan IM Lim Yee Weng (2300). Dalam FIDE rating list yang terkini, ia turut memaparkan rating bagi Rapid dan Blitz.

Rating 10 Pemain Terbaik Malaysia

Friday, September 28, 2012

2 Pawns Up, tetapi...

DYTM Raja Nazrin Shah International Open Chess Championship 2012 baru sahaja melabuhkan tirainya pada Ahad yang lalu. Kemenangan menjadi milik GM Sergei Tiviakov dengan mengumpul 7 mata dari 9 pusingan.

Saya turut berpeluang melawat kejohanan tersebut yang diadakan di Hotel Olimpik, bertemu beberapa sahabat lama, termasuk mencari kesempatan melawat 2 orang pemain catur dari Universiti Teknologi PETRONAS yang turut mengambil bahagian, iaitu Ramone Mikgail Kok dan Yong Jenn.
Kwan Tszee Yeung vs Ramone Mikgail di GACC2012...
Dalam kejohanan elit seperti ini, secara realistik, mereka hanya mengharapkan agar dapat menambah FIDE rating dan bagi Yong Jenn, sudah tentulah amat mengharapkan agar beliau mendapat FIDE rating pertamanya dari kejohanan ini. Pada akhir kejohanan, Ramone berjaya mengumpul 4.5 mata sementara Yong Jenn 3.5 mata. 

Perhatikan permainan berikut  pada pusingan kelima, antara Ramone Mikgail Kok (1828) vs Legaspi Edmundo (2124), yang sempat dianalisis oleh Ramone bersama saya beberapa hari yang lalu: 

Saturday, September 22, 2012

"Made" his move vs "complete" his move?

Sebagai tambahan dari artikel sebelum ini, terdapat juga beberapa perubahan besar yang berlaku sebagaimana yang telah dikongsi oleh IA Geurt Gijssen dalam kolum beliau di www.chesscafe.com. Namun, FIDE Laws of Chess yang terkini masih belum boleh didapati dari laman web rasmi FIDE.

Antara perubahan lain ialah :

1) Artikel 6 (Berkaitan Penggunaan Jam Catur)
Jam catur dan pieces khas... untuk board 1 sahaja : Nik Farouqi vs Azizul, Kelantan Closed 2012, UiTM Machang...

Thursday, September 20, 2012

Olympiad :FIDE Laws of Chess updated!

Dinner... bersama-sama delegasi negara Asia di Beijing 2010... Termasuk FIDE Secretary, IA Ignatius Leong yang merupakan antara orang penting dalam FIDE Laws of Chess...

Dalam kejohanan catur Olimpiad 2012 di Turki baru-baru ini, bukan sahaja diadakan pertandingan catur berpasukan, tetapi turut diadakan beberapa kursus seperti kursus Arbiter, Organizer dan Trainer untuk sesiapa sahaja yang ingin mendapatkan Title daripada FIDE. Yang paling menarik, turut berlaku mesyuarat RTRC (Rules and Tournament Regulations Committee), iaitu jawatankuasa yang bertanggungjawab menambah baik dan mencadangkan sebarang perubahan untuk FIDE Laws of Chess dan dibentangkan dalam Presidential Board dan delegasi-delegasi dari seluruh dunia.

Dalam artikel terkini dari IA Geurt Gjissen <www.chesscafe.com>, beliau telah membincangkan beberapa perubahan yang berlaku dan akan dikuatkuasakan bermula pada 1 Julai 2013. Antaranya : 

1) Artikel 3.7.e. (Berkenaan pawn promotion)

Monday, September 17, 2012

Serangan Sayap... Kiri & Kanan!

Tahniah kepada pasukan negara yang baru sahaja pulang dari kejohanan catur Olympiad di Turkey, kejohanan berpasukan antara negara yang berlangsung setiap 2 tahun sekali. Pada tahun ini, pasukan Armenia menjadi johan bagi acara berpasukan lelaki diikuti oleh Rusia dan Ukraine. Sementara pasukan negara yang diletakkan di ranking 86 melompat ke kedudukan 64 dari 150 pasukan. Bagi berpasukan wanita, johan menjadi milik Rusia, diikuti China dan Ukraine. Pasukan negara mendapat tempat 61 dari 127 pasukan.

Keputusan yang lebih manis ialah apabila beberapa pemain negara mendapat title dan norm dari kejohanan ini iaitu FM Lim Zhuo-Ren (IM norm), WFM Camilia Johari dan WCM Tan Li Ting, kesemuanya pemain yang pernah mewakili MSSKL! Bahkan terdapat beberapa pemain sekolah yang sudahpun mewakili negara pada kejohanan elit dunia ini iaitu Nur Nabila Azman Hisham, Nur Najiha Azman Hisham, Yeoh Li Tian kesemuanya dari MSS Selangor, dan Camilia dan Tan Li Ting dari MSSKL. 

(Note : Tidak dilupakan juga WNM Fong Mi Yen yang turut pernah mewakili MSS Perak!)
Bersama pasukan MSSKL termasuk Lim Zhuo-Ren, Tan Li Ting dan Camilia Johari di Bangi, 2009
Berikut ialah permainan pusingan pertama yang sudahpun menjadi sejarah bagaimana IM Mok menewaskan GM terhandal dari Belanda, GM Loek Van Wely baru-baru ini.

Monday, August 27, 2012

Serangan Sayap... Kiri atau Kanan?

Serangan yang belum selesai oleh 2 attacking players : Justin Ong & Yeap Eng Chiam... sikit je lagi perlu dihabiskan... 

Central Pawn memainkan peranan yang penting dalam menentukan strategi yang akan digunakan semasa bermain middle game. Central pawn adalah pawn yang berada di file d dan e. 

Terdapat beberapa bentuk central pawn yang sentiasa dibincangkan oleh pakar-pakar permainan catur. Antaranya ialah central pawn tertutup iaitu 4 central pawn yang terkunci, yang tidak boleh lagi bergerak. Contoh yang paling mudah ialah pawn putih yang berada di petak d4 dan e5 sementara pawn hitam berada di petak d5 dan e6. 

"When the centre is locked, then flank attacks are the rule". 
Persoalannya, flank / sisi yang manakah menjadi pilihan, serangan di Kingside atau Queenside?

Saturday, August 4, 2012

When you see a good move...

Emanuel Lasker. Source : wikipedia



Emanual Lasker merupakan pemain dari German yang pernah menjadi juara dunia selama 27 tahun sebelum tewas kepada Capablanca. Terdapat satu pesanan dari Lasker yang ingin saya kongsi dalam permainan saya di bawah : "When you see a good move, look for a better one". Sekiranya anda telah menemui gerakan yang baik, sebaiknya anda cuba mencari gerakan alternatif yang lebih baik dari gerakan itu. Dengan kata lain, banyakkan bersabar, dan sentiasa membandingkan beberapa gerakan baik yang ditemui untuk memilih yang terbaik!

Berikut ialah permainan saya dalam kejohanan catur Grand Asian Chess Challenge V pada tahun 2000. Dalam permainan ini, saya telah bertemu dengan pemain dari Filipina, Arnulfo Gavilan Jr. Permainan agak seimbang, meskipun putih memiliki sedikit kelebihan sehinggalah saya terlepas peluang terbaik saya pada gerakan ke-15 untuk menghukum kesilapan putih dan seterusnya saya tewas dalam permainan ini. Kesilapan ini adalah kerana terlalu yakin tentang gerakan yang saya lakukan kerana sudah memikirkannya dari awal lagi, sedangkan terdapat gerakan yang lebih baik untuk dilakukan sekiranya saya bersabar dan tidak tergesa-gesa melakukan gerakan itu.