Thursday, November 16, 2023

Bagaimana Mengira Mata Buchholz Untuk Pemain Bye

Sarapan bersama sebahagian peserta di Kluang Railway Coffee...

Semasa mengendalikan kursus Swiss Manager baru-baru ini di Kluang Johor, satu simulasi pertandingan Swiss System 5 pusingan telah dijalankan. Terdapat pemain yang mendapat bye. 

Bagaimanakah mengira mata Buchholz bagi pemain yang mendapat bye?


Nama Pemain: Huzaidy

Nama Lawan dan jumlah mata pemain selepas 5 pusingan: 

Pusingan 1: Norjannah (2.5 mata)

Pusingan 2: Bye 

Pusingan 3: Ruzia (2 mata)

Pusingan 4: Zaidi (3.5 mata)

Pusingan 5: Zainudin (2.5 mata)

Buchholz ialah jumlah mata yang dipungut oleh setiap lawannya.

Jadi, jumlah mata Buchholz untuk Huzaidy ialah: 2.5 + 2 + 3.5 + 2.5 = 10.5 mata

Tetapi, ini bukanlah mata Buchholz yang sebenar untuk Huzaidy. Ini kerana, pada pusingan 2, Huzaidy menerima Bye dan mata Buchholz hendaklah mengambil kira virtual opponent Huzaidy pada pusingan 2. Ini adalah berdasarkan peraturan:  

13.15.2. For tie-break purposes,  a player who has no opponent will be considered as having played against a virtual opponent who has the same number of points at the beginning of the round and who draws in all the following rounds. For the round itself the result by forfeit will be considered as a normal result.

Bagaimanakah mengira mata Virtual Opponent Huzaidy?


Sebelum Pusingan Kedua:

Mata Virtual Opponent adalah dianggap sama dengan dengan mata Huzaidy.

Selepas Pusingan Kedua:

Huzaidy menerima mata kerana bye dan Virtual Opponent dianggap kalah (normal result).

Bagi pusingan seterusnya:

Virtual Opponent Huzaidy dianggap seri bagi kesemua baki pusingan.


Oleh itu, pengiraan Virtual Opponent Huzaidy adalah seperti berikut:

Sebelum Pusingan kedua: Huzaidy (0 mata) mendapat bye vs Virtual Opponent (0 mata)

Selepas Pusingan kedua: Huzaidy (1 mata) & Virtual Opponent (0 mata)

Selepas Pusingan ketiga: Virtual Opponent (mata selepas pusingan 2 + 0.5 mata ) = 0.5 mata

Selepas Pusingan keempat: Virtual Opponent (mata selepas pusingan 3 + 0.5 mata) = 1 mata

Selepas Pusingan kelima: Virtual Opponent (mata selepas pusingan 4 + 0.5 mata) = 1.5 mata




Jumlah mata lawan Huzaidy selepas 5 pusingan adalah seperti berikut:

Pusingan 1: Norjannah (2.5 mata)

Pusingan 2: Bye (Virtual Opponent = 1.5 mata)

Pusingan 3: Ruzia (2 mata)

Pusingan 4: Zaidi (3.5 mata)

Pusingan 5: Zainudin (2.5 mata)


Jumlah Buchholz Huzaidy selepas 5 pusingan ialah:

2.5 + 1.5 + 2 + 3.5 + 2.5 = 12 mata


Jumlah Buchholz Cut-1 Huzaidy selepas 5 pusingan ialah (buang 1 mata lawan paling rendah) :

2.5 + 1.5 + 2 + 3.5 + 2.5 = 10.5 mata



Sekian, moga mendapat manfaat.


Armanov,

Universiti Teknologi PETRONAS.

No comments:

Post a Comment