Dalam fasa Rook ending, kebiasannya Rook akan dapat mengatasi 1 pawn dengan mudah, melainkan dalam situasi pawn yang sudah terlalu hampir dengan petak promotion (8th rank) dan dilindungi oleh kingnya.
Perhatikan contoh berikut:
![]() |
Rajah 1 (Sumber: Karsten Muller & Frank Lamprecht, 2001) |
Dalam rajah 1 di atas, pawn c3 sudah terlalu hampir dengan petak queening di c1. Pawn c3 juga mendapat perlindungan dari King hitam di d3. King putih berada dalam keadaan yang tidak bagus kerana King itu tidak mampu menyerang pawn c3 ataupun mengawal queening square di c1.
Maka, dalam situasi dalam rajah 1, pawn c3 akan dapat ditolak sehingga ke petak c1 dengan bantuan King hitam. Maka, putih tiada pilihan lain melainkan melakukan check kepada king hitam. Keputusannya ialah draw.
Situasi ini perlu difahami kerana ia mampu memberikan idea kepada kita untuk digunakan bagi mencari draw, ketika memiliki 1 pawn berhadapan dengan 1 rook.
Dalam kejohanan schachbundesliga 2020, perlawanan antara GM Sprenger vs GM Fedorchuck, posisi rook ending telah berlaku seperti berikut:
![]() |
GM Sprenger vs GM Fedorchuck |