Sunday, January 6, 2019

2nd GM Norm: Tahniah IM Yeoh Li Tian!!

IM Yeoh Li Tian (Source: http://www.rilton.se/image_gallery.html)

Dalam kejohanan Rilton Cup yang berlangsung dari 27 Disember 2018 hingga 5 Januari 2019, IM Yeoh Li Tian berjaya mendapat GM Norm beliau yang kedua. Selepas berakhirnya pusingan ke-9, beliau berjaya mendapat 6 mata daripada 9 pusingan. GM Norm yang pertama berjaya diperolehinya di Filipina. 

Untuk mendapat GM Norm, beberapa perkara perlu diberi perhatian:

1) Number of Games = sekurang-kurangnya 9 pusingan (International Title Regulations, article 1.41)

2) Rating Performance (Rp) mesti melebihi 2600 (article 1.48). Rp untuk IM Li Tian dalam kejohanan ini ialah 2626. Pengiraannya adalah seperti di bawah. 

3) Title of Opponents (article 1.45). 50% pemain lawan perlu memiliki title sama ada GM, WGM, IM, WIM, FM ataupun WFM. CM dan WCM tidak termasuk dalam pengiraan ini.  Untuk norm GM, sekurang-kurangnya sebanyak 1/3 daripada 9 orang pemain lawan adalah GM. Lawan Li Tian adalah 6 orang GM (2/3) dan 2 orang IM.

4) Federation of Opponent (article 1.43 & 1.44). Maksimum 3/5 daripada jumlah lawan adalah dibenarkan dari Malaysia dan 2/3 daripada jumlah lawan adalah daripada federation yang sama. Didapati bahawa IM Li Tian menepati syarat ini. Federation pemain lawan beliau adalah seperti berikut: Austria (1), Rusia (1), Perancis (1), German (1), India (2), Sepanyol (2), dan Itali (1). 

5) Foreigner Rule: untuk Swiss System tournament (article 1.43e), sekurang-kurangnya 20 pemain FIDE rated bukan daripada negara tuan rumah (Sweden), dan mereka mestilah datang daripada 3 federation berbeza, dan sekurang-kurangnya 10 orang memiliki title GM, WGM, IM dan WIM. Semua syarat ini sudahpun dipenuhi dalam kejohanan Rilton Cup.



Pengiraan Rating Performance (Rp)

Dalam kejohanan yang diadakan di Stockholm Sweden, beliau berjaya mendapat 3 kemenangan dan 6 kali seri, dengan 6 mata. Untuk mendapat GM Norm, beliau perlu mempunyai Rating Performance (Rp) sekurang-kurangnya 2600.

Rp = Ra + dp
Ra = Average rating of opponents
dp = rating difference

Rating Average untuk Li Tian:

1) IM Ganaus Hannes = 2257
2) IM Schekachikhin Maksim = 2368
3) GM Lagarde Maxime = 2616
4) GM Donchenko Alexander = 2604
5) CM Rohith Krishna = 2399
6) GM Karthikeyan Murali = 2591
7) GM Santos Latasa Jaime = 2584
8) GM Moroni Luca Jr = 2564
9) GM Santos Ruiz Miguel = 2523

Rating Average = 2500.67 = 2501
Dp = 6 mata / 9 pusingan = 0.67 = 125

Rating Performance = 2501 + 125 = 2626

Rating Performance ini sudah melebihi rating minimum untuk GM norm iaitu 2600. Sekiranya beliau tewas di pusingan terakhir, beliau tidak akan mendapat GM norm kerana Rp beliau hanyalah 2501 + 80 = 2581.

Tahniah IM Li Tian untuk GM Norm yang kedua! 

Beliau hanya perlukan 1 sahaja lagi GM norm untuk mencapai cita-cita menjadi GM pertama Malaysia!

1 comment: