Tuesday, September 5, 2017

FIDE WORLD CUP 2017: BIAR KALAH BERMARUAH!!

BIAR KALAH BERMARUAH, 
JANGAN KALAH MENYERAH!!


http://en.chessbase.com
Kejohanan yang berlangsung di Tbilisi, Georgia bermula pada 2 hingga 28 September masih mengekalkan format kalah-mati (knock-out). Seramai 128 pemain layak untuk mengambil bahagian yang kebanyakannya terdiri dari GM terkemuka dari seluruh dunia termasuk juara dunia terkini iaitu GM Magnus Carlsen dan bekas juara dunia iaitu GM Vladimir Kramnik dan GM Viswanathan Anand. Pada tahun ini, salah seorang dari 128 pemain tersebut ialah pemain kebangsaan Malaysia iaitu IM Yeoh Li Tian!

https://tbilisi2017.fide.com/


Dalam pusingan pertama, IM Yeoh Li Tian (2478) telah dijadualkan bertemu dengan GM Viswanathan Anand (2783) dan di atas kertas, perbezaan rating yang ketara (2783 dan 2478) memberikan kelebihan kepada GM Anand. Tambahan pula, GM Anand yang berasal dari India merupakan bekas juara dunia setelah menewaskan GM Vladimir Kramnik. GM Anand gagal mempertahankan kejuaraan dunianya yang telah dirampas kemudiannya oleh GM Magnus Carlsen. 

http://en.chessbase.com
Walau bagaimanapun, IM Li Tian yang hanya berumur 17 tahun ternyata tidak menghampakan apabila memberikan saingan yang sengit pada pusingan pertama. Meskipun menang, GM Anand yang bermain hitam terpaksa menanti sehingga ke peringkat endgame selepas bertarung hampir lima jam. GM Anand telah bermain Silician Defence dan Li Tian telah memilih variasi Alapin dengan bermain 2.c3. GM Anand telah menggunakan sistem fianchetto Bishop di petak g7 untuk berhadapan dengan Li Tian. Pada peringkat middle game, Li Tian telah memiliki Isolated Queen Pawn di petak d4. Tetapi, keputusan Li Tian untuk mengorbankan Queennya ternyata kurang berkesan. Li Tian memiliki 2 Rook dan 1 Knight sementara Anand memiliki 1 Queen dan 1 Rook. Pada peringkat endgame, Anand berjaya mencipta kedudukan zugzwang sehingga memaksa Li Tian mengorbankan pawn b dan d beliau. Anand tidak menghadapi masalah untuk menunjuk kemahiran endgame beliau sehingga akhirnya berjaya menaikkan pawn a untuk menjadi Queen.







Pertemuan timbal balik pula menjadi semakin menarik apabila GM Anand yang bermain putih hampir dikejutkan dengan kekalahan oleh IM Li Tian. Li Tian menggunakan pertahanan Caro-Kan dan Anand memilih untuk bermain Advance variation. Anand menguasai e-file namun gagal menghasilkan serangan yang berkesan berbanding Li Tian yang berjaya mencipta counter-play di bahagian Queenside. Sedikit demi sedikit Li Tian berjaya meluaskan penguasaan Queenside dengan bermain 21...b5 dan seterusnya berjaya mencipta passed pawn di petak c3. Anand terpaksa menumpukan sepenuh perhatian terhadap passed pawn di Queenside dan ternyata ia memberikan kelebihan kepada Li Tian untuk menukar arah serangan ke arah Kingside dengan bermain 47...Rh8 dan mengorbankan Rook iaitu 53...Rxh3! GM Anand sebagai pemain yang berpengalaman ternyata bertindak bijak untuk tidak mengambil Rook itu dan terus bermain 54.Rh1. Pada gerakan ke 55, Li Tian telah bermain 55...Bxe5 dan ternyata Anand berjaya memaksa permainan untuk berakhir dengan seri pada gerakan yang ke-71. Gerakan yang lebih baik bagi Li Tian ialah untuk bermain 55...Rb6! untuk memberikan tekanan kepada pawn b3 dan mempunyai lebih peluang untuk menang. Walau bagaimanapun, keputusan seri dengan bekas juara dunia merupakan pencapaian terbaik bagi Li Tian setakat ini! 





Meskipun sudah terkeluar dari kejohanan ini, namun permainan yang ditunjukkan oleh IM Yeoh Li Tian benar-benar mengejutkan GM Viswanathan Anand dan diharapkan negara kita mampu membantu Li Tian untuk menjadi seorang GM. Beliau sudahpun memiliki 1 GM norm dan memerlukan 2 lagi GM norm. 

Selamat Maju Jaya untuk IM Yeoh Li Tian... 

No comments:

Post a Comment