Saturday, November 21, 2015

UTCC2015: Photos & Games

Permainan Meja 1 dan 2 bagi setiap pusingan boleh didapati di sini.



Berikut ialah beberapa position menarik yang sempat diambil dari kejohanan ini:


Yip Thung (Penang Rising Star A) vs Chan Sheng Yip (Sunway University Kid's Power), Pusingan 7, 1.11.2015, UTCC2015.

Putih baru sahaja bermain 45.Qb5-d7+. Hitam perlu cuba untuk lari daripada check memandangkan pawn b2 hitam boleh pergi ke b1 untuk menjadi Queen tanpa dapat dihalang lagi. Hitam telah bermain:

Selepas 45.Qb5-d7

45...Rf7??
Sepatutnya hitam perlu bermain 45...Kg8. Putih tiada pilihan lain selain melakukan check terhadap hitam. 46.Qg4+ Kf7 47.Qd7+ etc

Gerakan hitam telah dihukum oleh putih yang melakukan serangan mate dengan bermain:
46.Qg4+!!


Ang Jing Xuan (Penang Rising Star A) - Muhd Shuaau (APU Paladins),  Pusingan 5, 1.11.2015, UTCC2015.

Hitam baru sahaja bermain 24...Nc6-e5 mengancam untuk fork King dan Rook di petak d3. Bagaimanakah putih menangani ancaman ini?

Selepas 24...Nc6-e5


Putih telah bermain:
25.Kc2 (untuk menjaga fork di petak d3) Nc4
26.Nd5?? (untuk melindungi fork di petak e3) Bxd5!
27.exd5 Ne3+ fork King di petak c2 dan Rook f1 dan seterusnya menang pada gerakan yang ke-44.


Foo Chee Kin (Snoopy Returns) - Low Jun Jian (Sunway University Kid's Power), Pusingan 5, 1.11.2015, UTCC2015.

Kedudukan Night putih di petak e4 dan Bishop putih di petak g6 terlalu kuat dan amat mengganggu koordinasi tentera hitam. Untuk menanganinya, Hitam telah bermain 31...Bd7-e8. Bagaimanakah putih menghukum kesilapan hitam?

Selepas 31...Bd7-e8
Putih telah bermain:
32. Bxe8!! Rfxe8 
33.Nd6+ Fork King dan Rook e8. Sekiranya 33...Rxd6 34.Rxe8.
1-0







No comments:

Post a Comment