Wednesday, February 18, 2015

Good Nite!

Pertembungan GM Anand dan GM Nakamura pada kejohanan Zurich Chess Challenge 2015 semalam telah berpihak kepada Anand. Anand telah menunjukkan permainan yang hebat dengan kefahaman positional yang lebih baik berbanding Nakamura apabila dia berjaya membuktikan Knightnya lebih baik berbanding Bishop Nakamura. 

Dalam permainan ini, kelemahan backward pawn Hikaru Nakamura telah dimanfaatkan dengan sebaiknya oleh kombinasi Knight, Queen dan Rook putih, ditambah pula dengan kedudukan Bishop hitam yang tidak mampu menyerang kedudukan putih kerana ketiadaan sasaran yang jelas.

Dalam kedudukan di bawah, putih memiliki kelebihan ruang untuk bebas bergerak berbanding hitam. Kesemua pawn putih berada di petak gelap dan kesemua pawn hitam berada di petak cerah. Bagaimanakah putih meneruskan permainan dalam kedudukan di bawah?
Selepas 22...h7-h5
[Round 4, Zurich Chess Challenge 2015]
GM V. Anand (2797) - GM H. Nakamura, (2776)


Putih bermain:
23. Ne5! Gerakan yang mengancam kedudukan pawn c6 dan Nd7 serentak. Hitam terpaksa bermain...
23...Nxe5 
24. fxe5 Bg7? 
Selepas 24...Bf6-g7

Satu gerakan yang dipersoalkan oleh GM Ramirez. Beliau mencadangkan untuk hitam bermain ...Bd8 untuk melindungi petak b6 daripada diceroboh oleh Rook putih. Nampaknya seolah-olah hitam menganggap mudah serangan Queenside putih. Putih mula menceroboh Queenside dengan bermain:

25. Rb6! Putih menceroboh masuk sambil menyerang pawn c6.
25...Rc8 
(Sekiranya 25... Rxb6 26.cxb6 Rc8 27.Rb1, pawn putih di petak b6 akan seterusnya bergerak ke petak b7 dan memberi banyak masalah kepada hitam.  Pawn ini masih dapat dilindungi dengan bermain Rb1, sementara hitam pula terpaksa menggunakan Rook dan Queen untuk menghalang pawn tersebut. Bishop hitam pula tidak boleh digunakan untuk menyerang pawn di petak b7 kerana perbezaan warna!) 
26. Nc3 Qa7 Queen terpaksa turun bertahan!
27. Rcb1 Qd7 
28. R1b4 Bh6 

Selepas 28...Bg7-h6
Dalam kedudukan ini, putih sedang menguasai b-file, dan sedang memberi tekanan kepada backward pawn di petak c6. Kesemua pieces putih sedang bekerjasama untuk memecah masuk Queenside. Perhatikan bagaimana putih berusaha membawa Knight untuk masuk menyerang kem hitam, sementara Bishop hitam masih tercari-cari sasaran untuk menyerang.

29. Na4! Kerana itulah putih bermain R1b4 terlebih dahulu.
29...Qd8 
30. Ra6 Kg7 
31. Rb7!

Selepas 31.Rb4-b7
Dalam kedudukan di atas, backward pawn c6 dan f7 sedang diancam oleh putih. Bagaimanakah hitam mengurangkan tekanan ini?

31...Rxa6 
32. Qxa6 g5 Hitam cuba mencipta serangan balas ke arah Kingside putih.
33. Qe2! 
Cara terbaik untuk menghentikan serangan balas hitam!
Putih mengancam untuk menyerang kingside dengan cara menawan pawn h5 dan seterusnya menyerang petak f7!

33...g4 
34. Qa6 
Selepas 34...Qe2-a6
Selepas menyelesaikan ancaman serangan balas hitam, Queen Putih kembali semula ke petak a6 untuk mengekalkan ancaman terhadap backward pawn c7 dan f7. Fasa selepas ini ialah putih akan membawa Knightnya untuk menyerang pawn c6 dan f7 ataupun h5!

34...Qg8 
35. Nb6 Rf8 
Keseluruhan bala tentera hitam dikerah melindungi Kingnya!

36. Nd7 
Selepas 36.Nb6-d7

Rook hitam tidak mempunyai ruang untuk bergerak yang selesa. Pawn backward hitam di petak c6 dan h5 terdedah kepada bahaya. Putih mengancam untuk bermain Nf6 diikuti Nxh5. 

36...Qh7 Hitam sanggup menukarkan Rooknya dengan Knight putih.
37. Nxf8 Qe4+ Hitam cuba mencari ruang untuk menyerang balas.
38. Kh2 Kxf8 
39. Rb8+ Kg7 
40. Qc8 
Selepas 40.Qa6-c8
Putih mengancam checkmate di petak g8! Hitam sudah berada dalam keadaan nyawa-nyawa ikan...
40...Kg6 
41. Qh8 
Checkmate sudah semakin hampir. Queen dan Bishop hitam tidak boleh menghalangnya. Putih mengancam untuk membawa Rook ke petak g8 dan seterusnya menaamatkan riwayat King hitam.

1-0

No comments:

Post a Comment