Wednesday, October 1, 2014

KEJOHANAN CATUR KELAB SUKAN & REKREASI PETRONAS (KSRP) 4 PENJURU 2014

"When bad things happen, resist the urge to blame others.... 
Look for something you can do to fix the problem yourself..."
Wilayah Tengah vs Wilayah Utara
Pada 20 September 2014, sekali lagi Kelab Sukan dan Rekreasi PETRONAS menganjurkan sukan 4 penjuru yang melibatkan Wilayah Utara, Wilayah Tengah, Wilayah Selatan dan Wilayah Timur. Catur telah dimasukkan sebagai salah satu sukan yang dipertandingkan. Permainan yang berlangsung secara Round-Robin dengan kawalan masa 45 minit setiap pemain telah berlangsung dengan jayanya. Seperti yang dijangka, Wilayah Tengah yang dibarisi oleh pemain-pemain seperti Mohd Irman Ibrahim dan Tun Seri Lanang sekali lagi telah diisytiharkan sebagai juara keseluruhan, diikuti oleh Wilayah Timur dengan barisan pemain-pemain seperti FM Anas Nazreen dan Ruzenan Abu Bakar. Wilayah Utara menduduki tempat ketiga diikuti oleh Wilayah Selatan.

Terdapat beberapa permainan yang boleh dikongsi dari pertandingan ini. 


Ashari - Abdur-Rahman, KSRP 4 Penjuru 2014, UPM.
Ashari - Abdur-Rahman, KSRP 4 Penjuru 2014, UPM.
Putih sedang mengasak kedudukan hitam. Namun demikian, putih baru sahaja melakukan kesilapan dengan bermain 19.Nc4-d6. Hitam gagal menghukum kesilapan ini dengan bermain 19....Re7. Bagaimanakah sepatutnya hitam menghukum kesilapan putih?

Hitam sepatutnya bermain:
19...Ne5!! Menyerang kedudukan Queen sambil mengancam Bishop di petak h3. Putih menghadapi masalah untuk melindungi Queen dan dalam masa yang sama menjaga Bishop h3.

Abdur-Rahman - Khairul Anuar, KSRP Wilayah Utara 2014, Pulau Pinang.
Dalam kedudukan di bawah, hitam berada dalam keaadaan kurang selesa kerana kekurangan ruang untuk bergerak. Hitam baru sahaja menggerakkan ...Qd8-d7. Bagaimanakah putih memanfaatkan peluang ini?
Abdur-Rahman vs Khairul Anuar, KSRP Wilayah Utara, Pulau Pinang.

Putih telah bermain: 
12.b4! Hitam menghadapi masalah untuk menggerakkan Knight c5 kerana hanya ada satu sahaja petak yang boleh diduduki iaitu petak b7.
12...Nb7
13.b5! dan Bishop hitam di petak a6 pula tidak boleh berundur kerana petak b7 telah diduduki oleh Knight. Hitam kehilangan 1 piece akibat masalah kekurangan ruang untuk bergerak.

Abdur-Rahman - Tun Seri Lanang, KSRP 4 Penjuru 2014, UPM.
Ini ialah perlawanan ketiga (!) saya dalam tahun ini bagi kejohanan kompetitif. Saya hanya menyertai pertandingan dalaman KSRP sahaja memandangkan kekangan masa untuk bergiat aktif sebagai pencatur tegar berbanding lawan saya yang sentiasa sahaja aktif bermain catur dalam kejohanan terbuka.

Dalam kedudukan di bawah, putih telah berjaya memiliki kelebihan 1 pawn dan mengkucar kacirkan pertahanan hitam. Namun, ia belum cukup untuk membawa kemenangan kepada putih. Dalam kedudukan di bawah, putih telah bermain:
Abdur-Rahman - Tun Seri Lanang, KSRP 4 Penjuru 2014, UPM.

18.Bb4?! 
Dalam kedudukan di atas, antara variasi yang sempat saya analisis ialah 18.Bxf6, namun memadamkan hasrat untuk bermainnya kerana memikirkan fork selepas hitam bermain 18...gxf6 dan Queen putih tidak mempunyai ruang yang banyak untuk menyelamatkan diri. Selepas dari itu, saya terus memfokuskan untuk mengekalkan Bishop dan cuba untuk bermain secara selamat selepas dapat mencuri 1 pawn.

Namun, dalam kedudukan di atas, gerakan yang sepatutnya saya mainkan ialah 18.Bxf6!? sebagaimana yang dicadangkan oleh Tun Seri Lanang selepas tamat permainan. 
Sekiranya 18...gxf6 19.Qe7! menyerang Bishop d7, 19...Rg7?! 20.Qxf6.
Sekiranya 18...Rxf6 19.Qe7 dan putih masih lagi boleh mengekalkan tekanan di bahagian Kingside hitam. 

Permainan bersambung:
18...Qa6
19.h4 h6
20.Nf3 Re8
21.Qc7 Qe2


Selepas 21...Qa6-e2
Dalam kedudukan di atas, putih telah telah memberi peluang untuk hitam melancarkan serangan balas. Hitam mengancam untuk bermain ...Qxf3 mengambil Knight putih secara percuma kerana pawn g2 di pin oleh Rook g6. Apakah gerakan yang patut dilakukan oleh putih?

Putih telah bermain:
22.Ne5
Rybka memberikan cadangan 22.h5!? Satu gerakan yang tidak terfikir oleh saya pada ketika itu dan mungkin tidak sempat dianalisis dalam masa yang singkat. [22.h5!? Rg4 (if 22...Nxh5 23.Qxd7 mengancam Rook di petak e8) (if 22...Rxg2!? Tun Seri Lanang memang suka gerakan ini 23.Kxg2 Rxe3!? 24.Ng1...) dan adakah sama seperti dalam permainan sebenar? Saya perlukan lebih masa untuk menganalisis!]

23....Rxe5!
Satu gerakan sacrifice yang dilakukan dengan pantas oleh Tun Seri Lanang, seolah-olah sudah biasa melakukannya dan pasti akan melakukannya sekiranya diberikan peluang.

24.Qxe5 
Saya memilih untuk makan dengan Queen untuk memberi peluang kepada Queen kembali ke petak h2 untuk melindungi pawn g2 yang diserang oleh Rook g6 berbanding sekiranya saya makan dengan pawn dxe5 yang seterusnya meyekat laluan Queen ke petak h2.

24...Qf3 
Hitam mengancam untuk checkmate di petak g2. Gerakan yang lebih baik bagi hitam ialah 24...Bh3!

Selepas 23...Qe2-f3

Saya perlu untuk berhati-hati dalam kedudukan ini. Kesilapan bertahan akan membawa padah! Apa yang perlu saya lakukan ialah saya perlu melindungi pawn g2 dari ancaman checkmate. Saya sudah dapat melihat gerakan Qh2 sejak saya menggerakkan Queen untuk makan Rook e5. Namun akhirnya, dalam kekalutan bertahan, saya telah menggerakkan....

24.g3??
Sekiranya 24.Qh2 Bh3 25.g3! Bxf1 26.Rxf1 dan permainan masih lagi boleh bersambung.

24...Bh3 0-1 
Checkmate di petak g2 sudah tidak dapat dielakkan lagi. Bak kata arbiter merangkap kenalan catur saya, Mr. Balendran kepada saya sebaik tamat pertemuan ini, "Saya pun tidak faham macam mana boleh jadi ini macam???... :)". Saya hanya mampu menggelengkan kepala...

Dengan kekalahan ini, pasukan Wilayah Utara telah tumpas tanpa mendapat sebarang mata kepada Wilayah Tengah. Ternyata kami tewas kepada lawan yang lebih bersedia dengan latihan dan penyertaan dalam kejohanan terbuka berbanding kami yang hanya bergantung kepada Kejohanan KSRP. Sebagai pengajaran, pengalaman menyertai banyak kejohanan boleh membantu seseorang pemain untuk lebih tenang menghadapi tekanan dalam setiap fasa permainan.

Tahniah Wilayah Tengah!

Kontinjen Catur KSRP Wilayah Utara 2014

2 comments:

  1. Camana nak contact saudara Mohd Irman?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mungkin boleh contact melalui email dia : irman_ibrahim(add)petronas(dot)com(dot)my

      Delete