Thursday, August 14, 2014

Tromso Pusingan 11: Malaysia Dikelilingi oleh GMs...


Pada pusingan akhir hari ini, satu fakta menarik yang tidak dapat dinafikan iaitu pasukan lelaki Malaysia amat bernasib baik untuk menentang tuan rumah, Norway di pusingan akhir. Malaysia akan menentang Norway di meja 3, iaitu meja yang dikhaskan untuk tuan rumah, yang sudah pasti akan menurunkan Super GM Carlsen yang ketika ini merupakan Juara Dunia. 

Sementara itu, berada di meja 2 pula ialah Super GM Ruslan Ponomariov, Panel Eljanov, Alexander Moiseenko, Peter Leko dan Zoltan Almasi. 

Di meja 4 pula menyaksikan Rusia bertemu France. Antara Super GM yang diturunkan ialah Kramnik, Grischuk, Karjakin, MVL, Bacrot dan Fressinet.

Sebagai tambahan, bermula dari meja 1 sehinggalah ke meja 19, semua pemainnya adalah GM ataupun sekurang-kurangnya IM! 


Semoga pemain Malaysia akan mendapat suntikan semangat daripada puluhan Super GMs yang sedang berada disekeliling mereka untuk Malaysia menewaskan Norway! Tiada tekanan buat Malaysia kerana ini adalah pencapaian terbaik mereka sebagai sebuah pasukan muda. Dan tiada apa yang mustahil, GMs juga merupakan manusia biasa yang akan melakukan kesilapan. 

Bagi pasukan wanita, Malaysia akan bertemu dengan Australia. Kejutan juga boleh berlaku kerana perbezaan rating yang tidak banyak antara kedua-dua negara. Selamat berjuang di pusingan terakhir....

"The mistakes are there, waiting to be made..."


No comments:

Post a Comment