Friday, November 1, 2013

Sekotak Coklat...


26 Oktober 2013, Isnin - Sebaik memasuki pejabat selepas hampir seminggu berada di Jeju Island kerana membentang kertas kerja di seminar ICHSC2013, saya dikejutkan dengan hadiah yang diletakkan dalam mailbox pejabat saya. Hadiah yang berupa sekotak coklat, Belgian Chocolates, menimbulkan rasa kehairanan saya. Setahu saya, birthday saya sudah lama berlalu.


Yong Jenn di sebelah kanan saya di Kejohanan Catur Datuk Bandar Ipoh 2012

Apabila membelek-belek kotak coklat tersebut, tercatat nama yang selama ini biasa saya dengar: Yong Jenn! Oh, baru saya perasan, Yong Jenn baru sahaja menerima ijazah sarjana mudanya semalam. 25 Oktober, hari Ahad, merupakan hari konvokesyen UTP. Saya tidak menghadirinya kerana saya mewakili pasukan catur KSRP Wilayah Utara untuk Sukan KSRP 4 Penjuru Petronas di PLC Bangi dari hari Jumaat hingga hari Ahad.

Yong Jenn ketika bermain di Sukan IPT 2012

Yong Jenn merupakan antara pemain catur UTP berbakat yang dapat saya kesan di pertandingan catur UTP Open 2009 kalau tak silap saya. Beliau memenangi hadiah pemain UTP terbaik. Sejak dari tarikh itu, saya berusaha untuk menghantar beliau dan pemain-pemain UTP yang lain ke kejohanan-kejohanan catur tempatan. Yong Jenn, seorang yang agak pendiam, tenang dan memiliki keyakinan diri yang tinggi, merupakan antara pemain berbakat kerana semasa berada di UTP, beliau telah mendapat FIDE rating buat kali pertama dan bermula dengan agak tinggi, iaitu 1919, hasil dari penyertaannya dalam pertandingan GACC dan KL Open. Saya hanya sempat melatihnya dalam beberapa pertemuan sahaja sepanjang berada di UTP sepanjang kesibukan saya dan juga beliau sebagai pelajar.

Apa yang lebih mengejutkan saya, Yong Jenn yang mendapat ijazah kelas pertama turut dipilih untuk memenangi pingat gangsa pada majlis Konvokesyen UTP baru-baru ini! Namanya terpampang dalam beberapa surat khabar baru-baru ini. Saya yakin, di samping CGPA beliau yang tinggi, penyertaan aktif beliau sebagai pemain catur UTP turut membantu beliau untuk memenangi pingat gangsa tersebut. Tahniah daripada saya, mewakili Kelab Catur UTP. Moga kita bertemu lagi di lain kali. Mungkin juga kita bertemu di papan catur sebagai pemain. Terima kasih atas hadiah dan ingatan...
Utusan Malaysia - 28 Oktober 2013

No comments:

Post a Comment