Tuesday, December 18, 2012

SMITH-MORRA GAMBIT

Latihan Catur di Unit Sukan JPN Ipoh, Perak.
Pada minggu lepas saya berkesempatan untuk menghadiri latihan catur bersama-sama dengan jurulatih dan murid-murid dari  MSS Perak bertempat di Unit Sukan Ipoh. Latihan untuk menghadapi MSSM 2013 ini dijalankan selama 3 hari dan akan dituruti dengan latihan fasa berikutnya. Diharapkan latihan seperti ini akan menjadi aktiviti tahunan bagi MSS Perak sebagai sebahagian dari persiapan untuk menghadapi MSSM.

Pada hari Sabtu minggu lepas juga Kejohanan Catur Antarabangsa Pulau Pinang telah melabuhkan tirainya. Kejohanan yang dijalankan sebanyak 9 pusingan Swiss ini telah dimenangi oleh IM dari Vietnam, Nguyen Duc Hoa yang berkongsi 7.5 mata dengan rakan senegaranya, IM Nguyen Van Huy. Pemain terbaik Malaysia ialah FM Ronnie Lim yang berjaya mengumpul 7 mata diikuti oleh Yeoh Li Tian dengan 6.5 mata. Saya amat tertarik dengan kejohanan ini kerana keputusan terkini sentiasa di update dalam www.chess-results.com beserta dengan catatan keseluruhan permainan pada setiap pusingan!

Berikut ialah permainan pusingan 9 antara FM Ronnie Lim menentang Diano Eden. Permainan ini amat menarik kerana FM Ronnie Lim telah melakukan beberapa sacrifice, dalam usaha beliau memenangi pertarungan ini :




FM Ronnie Lim (2324) vs Eden Diano (2370), Pusingan 9, 15 Disember 2012.

1. e4 c5 2. d4 Smith-Morra Gambit! Senjata anti-sicilian, pertarungan berdarah menjaga maruah, penentuan menang atau kalah, sebelum ajal pantang menyerah! 

2...cxd4 3. c3 
Selepas 3.c2-c3
Gambit. Memberi pawn percuma kali kedua semata-mata untuk develop pieces. Pertama kali saya mempelajari opening ini dari rakan sepelatih saya, Hanif Arkurni Abas semasa belajar di UIA yang amat gemar bermain opening ini.

3...dxc3 Accepted 
4. Nxc3 Hitam menerima gambit putih. Dalam kedudukan ini, pawn e4 putih menguasai centre d5, sementara Knight, sepasang Bishop dan Queen putih sudah bersedia untuk keluar berperang. Tetapi, bagi hitam, hanya Queen sahaja yang bersedia untuk keluar berjuang. Putih berada di hadapan dari segi development walaupun sudah kekurangan 1 pawn. 

4...a6 5. Bc4 Develop sambil menumpukan serangan terhadap petak f7. 

5...e6 6. Nf3 b5 Di sini, hitam boleh juga memilih 6...Nc6, 6...Qc7 atau 6...Ne7. 
Selepas 6...b7-b5
7. Bb3 Bb7 8. O-O Putih sudah bersedia untuk berperang sementara hitam masih terkapai-kapai untuk develop pieces. Hitam masih tertinggal beberapa langkah sebelum boleh castling.

8...d6 Terdapat juga beberapa pemain yang telah mencuba 8... b4. 

9. Qe2 Menyokong pawn e4 untuk bergerak ke e5 sambil mengosongkan petak d1 untuk Rook menguasai d-file.

9...Nd7 10. Rd1 Meletakkan senjata berat di semi-open d-file. Pawn d6 menjadi sasaran.
Selepas 10.Rf1-d1
10...Be7 Merugikan tempo. Mungkin lebih baik bagi hitam untuk mencuba 10... Ngf6 atau 10... b4 untuk memberi tekanan kepada pawn e4.

11. Bf4 Serangan ke arah pawn d6.

11...Qb8 Bertahan! 

12. e5 Serangan seterusnya ke arah pawn d6. 

12...Bxf3 13. Qxf3 dxe5?!
Terdapat beberapa cubaan sebelum ini yang memilih 13... Nxe5 14. Bxe5 dxe5 15. Qc6+ Kf8 etc...
Selepas 13...dxe5

14. Rxd7! Menukar Rook dengan Knight. Rook itu tidak boleh dimakan oleh King!

14... exf4 Sekiranya 14...Kxd7 15. Rd1+! Ke8 16. Bxe5! Dan Queen hitam tidak boleh makan Bishop kerana tugasnya melindungi Rook a8. Selepas Queen hitam lari dari serangan Bishop, putih akan bermain Bxg7! dan Rook h8 akan mati...

15. Qc6 Kf8 16. Bxe6! Sacrifice Bishop!
Selepas 16.Bb3xe6

16...fxe6 17. Qxe6 Ra7 18. Rad1 h5 Mungkin lebih baik bagi hitam bermain 18...Rxd7 bagi mengurangkan tekanan serangan, kerana hitam sudah memiliki kelebihan pieces. 

19. Rxa7 Qxa7 20. Qc8+ Kf7 21. Ne4 Knight turut mengambil bahagian untuk menyerang hitam. 

21...Qb6 22. Qf5+ Ke8 23. Qc8+ Kf7 24. Qf5+ Ke8 25. Qd7+ Putih tidak mahu bermain untuk draw, putih mahu menang! 

25...Kf8 26. Rc1 Nf6?? Hitam melakukan kesilapan besar selepas diasak bertali arus. Namun hitam tidak banyak pilihan. Mungkin hitam boleh mencuba untuk memberikan King ruang untuk lari melalui petak g7, cth: 26... g6 27. Rc8+ Kg7 (27... Kf7? 28. Qe8+! Ke6 [28... Kg7 29. Rc6! menyerang g6 dan mate!29. Rc6+) 28. Rxg8+! Rxg8 29. Qxe7+
Selepas 26...Ng8-f6??
27. Nxf6! Kf7 Satu-satunya cara untuk mengelak masalah yang lebih besar. Sekarang bilangan pieces adalah sama, namun putih memiliki kelebihan kerana kedudukan King hitam yang terdedah kepada serangan! Sekiranya 27... Bxf6? 28. Rc8+! Bd8 29. Rxd8+ Qxd8 30. Qxd8+ dan sekiranya 27... gxf6 28. Rc8+! Kf7 29. Rxh8 

Selepas 27...Kf8-f7
28. Nd5?! 
28. Qxe7+!! dan hitam sudah kehilangan satu lagi piece! Sekiranya 28...Kxe7 29. Nd5+! fork King dan Queen...

28... Qe6 29. Qxe6+ Kxe6 30. Nxf4+ Kf5 31. Nd5 Bg5 32. Rc5 Bh6 33. Nb4+ Ke6 34. Nxa6 Sekarang putih sudah memiliki kelebihan yang jelas dalam fasa ending. 
Selepas 34.Nb4xa6
34...Rd8 35. g3 h4 36. Kg2 hxg3 37. hxg3 Ra8 38. Nb4 Ra5 39. a3 Kd6 40. Rd5+ Kc7 41. f4 g6 42. Rc5+ Kb7 43. Nc6 Kb6 44. Rc2 Ra4 45. Ne5 Sekarang, hitam akan kehilangan pawn g6 pula. 
Selepas 45.Nc6-e5

45...Bxf4 46. gxf4 Rxf4 47. Nd3 Lebih mudah untuk putih bermain 47. Rc6+ dan seterusnya Rxg6.

47... Rf5 48. Rc3 Rg5+ 49. Kf3 Rh5 50. Kg3 Rd5 51. b4 Rd4 52. Nf4 1-0



No comments:

Post a Comment