Thursday, November 1, 2012

MOH PERGI SUKIPT 2012!


Sukan Institusi Pengajian Tinggi 2012 baru sahaja dirasmikan baru-baru ini. Konsep kejohanan ini amat menarik kerana ia menggabungkan seluruh IPT di bawah Kementerian Pengajian Tinggi termasuklah IPT awam dan swasta, kolej universiti, politeknik dan kolej komuniti. Terdapat banyak acara sukan yang dipertandingkan termasuklah CATUR!

Persediaan untuk SUKIPT...


Bagi kejohanan catur, pertandingan akan bermula pada hari Rabu minggu hadapan bertempat di Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam. Kejohanan ini yang disertai lebih kurang 50 IPT dengan lebih dari 250 pemain akan mempertandingkan emas bagi acara individu dan berkumpulan (lelaki dan perempuan). Bagi kategori lelaki, saingan sengit bagi merebut pingat emas dijangkakan datang dari Ahmad Fadzil Nayan (UIA), Muhammad Nabil AH (Kolej Multimedia), Muhammad Syazwan Zulkifli (UM), Looi Xin Hao (USM), Ahmad Fariz Shafrudin (KLMU) serta beberapa pemain lagi. Bagi kategori wanita pula, antara pencabar bagi pingat emas ialah Pang Hwei Yih (UKM), Khairunnisa (UPM), Kwan Tszee Yeung (UPSI), Nor Atiqah (Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah), Siti Noratikah (UPSI) serta Lee Lee Yin (USM). Tidak dinafikan akan terdapat bakat-bakat baru yang muncul untuk mencabar kejuaraan kali ini kerana inilah kali pertama Kementerian Pengajian Tinggi menganjurkan sukan catur secara besar-besaran sebagai kesinambungan bagi acara catur yang dipertandingkan di peringkat MSSM iaitu peringkat sekolah.
Segala maklumat lanjut boleh didapati dari laman web rasmi: http://sukipt.com.my/.
Fadzil Nayan... Gambar dari National Rapid Chess Championship 2011

Catur akan dimainkan sebanyak 11 pusingan sistem swiss dengan kawalan masa 45 minit dan 30 saat tambahan bagi setiap pergerakan. Selamat berjuang kepada semua peserta!













Jadual pertandingan catur adalah seperti berikut :

No comments:

Post a Comment