Saturday, July 21, 2012

Kursus Asas Kepegawaian Catur di Melaka 2012

"Kalau Roboh Kota Melaka
Papan Di Jawa Hamba Dirikan
Kalau Sungguh Bagai Dikata
Badan Dan Nyawa Hamba Berikan"


Peserta-peserta Kursus... Kebanyakannya orang-orang Melaka ...


Bertempat di Politeknik Kota Melaka, kursus yang bermula dari 13 hingga 15 Julai telah berjaya diadakan dengan dihadiri oleh peserta-peserta dari Politeknik dan IPT sekitar Melaka, termasuk juga politeknik dari Kota Bharu dan Sabah. Saya telah dijemput sebagai instructor bersama-sama dengan Gregory Lau dan Khairi Jansar.


Juara pertandingan catur berbaju merah, saudara Mizlan... Dia suka main French Defense...
Pada sebelah malamnya, selama 2 malam telah diadakan pertandingan catur di hotel Straits Meridian. Pertandingan ini menjadi tempat bagi peserta kursus untuk lebih memahami tanggungjawab sebagai pegawai pertandingan catur. Terdapat juga peserta kursus yang turut menjadi peserta pertandingan. Tahniah diucapkan kepada  Mohd Khairul Mizlan Mat Taib yang telah memenangi kejohanan ini.
Gregory Lau sedang menunjuk ajar kaedah bermain Simultaneous Game...

Peserta juga didedahkan dengan pelbagai bentuk pertandingan termasuklah bermain "Simultaneous". Terima kasih kepada penganjur, iaitu Politeknik Kota Melaka dan semua peserta yang telah memberikan kerjasama sepanjang kursus berlangsung. Ramai di kalangan mereka adalah muka-muka baru dalam dunia catur. 
Dewan kuliah yang amat selesa... Makanan tengahari dah tersedia di belakang tuh...

Moga segala ilmu dan pengalaman sepanjang kursus dapat dimanfaatkan untuk mengembangkan aktiviti catur di tempat masing-masing. Moga bertemu lagi di lain masa, saya kirimkan pantun ini untuk kenangan orang Melaka : 


Sultan Mansur Sultan Melaka,
Kurun 15 puncak masyhurnya,
Tun Pikrama anak bumi Melaka,
Hebat bercatur tiada tandingnya.

3 comments:

  1. Kursus untuk menjadi pegawai pertandingan catur / pegawai yang menguruskan sukan catur di mana-mana institusi.

    ReplyDelete