![]() |
Geurt Gijssen Photo: www.chessbase.com |
Mungkin ramai yang tertanya-tanya siapakah dia Geurt Gijssen? Beliau yang dilahirkan pada tahun 1934 adalah seorang arbiter catur yang berpengalaman luas dan pernah menjadi arbiter kepada banyak pertandingan antarabangsa. Beliau juga sering diundang sebagai penceramah di seminar Fide Arbiter peringkat antarabangsa. Antara jawatan yang pernah disandang di peringkat FIDE ialah sebagai Rules and Tournament Regulation committee dan turut juga terlibat dalam penggubalan undang-undang catur FIDE.
Apa yang menarik tentang beliau ialah kesungguhannya berkongsi segala ilmu arbiter dalam ruangan beliau "An Arbiter's Notebook" dalam www.chesscafe.com. Artikel beliau banyak membantu saya memahami FIDE laws of Chess dengan lebih baik. Dalam sekian banyak soalan yang ditanyakan kepada beliau dari seluruh dunia, saya pernah terbaca soalan yang ditanyakan kepada beliau oleh seseorang dari Malaysia, yang bernama Nor Ilhamuddin pada tahun 2008! Saya yakin orang ini sangat terkenal sebagai pemain catur dan juga blogger dari Malaysia (http://2010chessodyssey.blogspot.com/).
Berikut disiarkan soalan dari Ilham : (Setelah diterjemahkan ke Bahasa Melayu)
Soalan 1 oleh Ilham :
Mr. Geurt Gijssen, berdasarkan artikel 12.2b yang menyatakan “If a player’s mobile phone rings in the playing venue during play, that player shall lose the game.”
Apakah akan berlaku sekiranya :
1) handphone itu hanya vibrate tetapi tidak berdering, adakah ia dianggap sebagai berdering dan akan menyebabkan pemain itu tewas?