Monday, December 31, 2012

Tuesday, December 18, 2012

SMITH-MORRA GAMBIT

Latihan Catur di Unit Sukan JPN Ipoh, Perak.
Pada minggu lepas saya berkesempatan untuk menghadiri latihan catur bersama-sama dengan jurulatih dan murid-murid dari  MSS Perak bertempat di Unit Sukan Ipoh. Latihan untuk menghadapi MSSM 2013 ini dijalankan selama 3 hari dan akan dituruti dengan latihan fasa berikutnya. Diharapkan latihan seperti ini akan menjadi aktiviti tahunan bagi MSS Perak sebagai sebahagian dari persiapan untuk menghadapi MSSM.

Pada hari Sabtu minggu lepas juga Kejohanan Catur Antarabangsa Pulau Pinang telah melabuhkan tirainya. Kejohanan yang dijalankan sebanyak 9 pusingan Swiss ini telah dimenangi oleh IM dari Vietnam, Nguyen Duc Hoa yang berkongsi 7.5 mata dengan rakan senegaranya, IM Nguyen Van Huy. Pemain terbaik Malaysia ialah FM Ronnie Lim yang berjaya mengumpul 7 mata diikuti oleh Yeoh Li Tian dengan 6.5 mata. Saya amat tertarik dengan kejohanan ini kerana keputusan terkini sentiasa di update dalam www.chess-results.com beserta dengan catatan keseluruhan permainan pada setiap pusingan!

Berikut ialah permainan pusingan 9 antara FM Ronnie Lim menentang Diano Eden. Permainan ini amat menarik kerana FM Ronnie Lim telah melakukan beberapa sacrifice, dalam usaha beliau memenangi pertarungan ini :

Sunday, December 2, 2012

Masa Untuk Bercuti

Kejohanan Catur Tertutup Perak 2012
Saya sempat berkunjung ke Kejohanan Catur Tertutup Negeri Perak yang diadakan bermula hari ini, 1 Disember 2012, di Dewan Majlis Sukan Negeri Ipoh. Kejohanan ini yang akan tamat pada esok hari menggunakan kawalan masa 45 minit bagi setiap pemain dan diadakan mengikut sistem Swiss 9 pusingan. 

Kepenatan mengharungi beberapa siri kejohanan catur pada bulan November masih terasa, sama ada sebagai pemain, jurulatih & pengurus pasukan UTP, arbiter dan tournament director. Bermula dengan menjadi pemain Wilayah Utara pada Kejohanan 3 Penjuru Kelab Sukan & Rekreasi Petronas pada 3 November, diiikuti dengan tugasan sebagai Ketua Arbiter pada Kejohanan Sukan IPT pada 6 - 11 November dan dituruti pula sebagai Tournament Director merangkap arbiter untuk kejohanan National Rapid and Blitz 2012 pada 17 dan 18 November. Kesemua tugasan tersebut amat memenatkan ditambah dengan tugasan rutin sehari-hari. Bahkan, sebaik tamat National Rapid and Blitz 2012, pada keesokannya saya sudah berada di Pulau Pinang selama tiga hari dari 19-21 November bagi menghadiri dan membentang kertas kerja di Persidangan Antarabangsa Pulau Pinang di Alam Melayu 2012. 

Bulan Disember ialah masa untuk berehat seketika, menarik nafas lega, merehatkan minda, sebelum fajar 2013 menyinsing di bulan Januari... Namun di sini, saya masih ingin berkongsi beberapa kedudukan menarik yang sempat saya kutip semasa Sukan IPT berlangsung baru-baru ini...