Tuesday, November 13, 2012

TAHNIAH KEPADA PEMENANG CATUR SUKIPT 2012!

Pemenang Acara Individu Lelaki SUKIPT 2012

Kejohanan SUKIPT 2012 telah melabuhkan tirainya pada Ahad yang lalu. Bagi kejohanan catur, pemenang pingat emas individu lelaki ialah Ahmad Fadzil Nayan (UIA), diikuti oleh Muhammad Syazwan Zulkifli (UM) dan Looi Xin Hao (USM). Bagi kategori individu wanita, pemenang pingat emas ialah Guan Xin Ting (UPSI), diikuti oleh Ong Choon Yong (USM) dan Lee Lee Yin (USM).

Dalam acara berpasukan lelaki, pingat emas menjadi milik UIA, diikuti oleh UM dan UTM. Bagi acara berpasukan wanita, USM mendapat pingat emas dengan diikuti oleh UIA dan UPSI.

Secara keseluruhannya, bagi acara Catur, UIA mendapat 2 pingat emas dan 1 pingat perak, USM mendapat 1 pingat emas, 1 pingat perak, 2 pingat gangsa, sementara UPSI mendapat 1 pingat emas dan 1 pingat gangsa. UM pula berjaya mendapat 2 pingat perak diikuti oleh UTM dengan 1 pingat gangsa.

Tuesday, November 6, 2012

KELAB SUKAN DAN REKREASI PETRONAS

Wilayah Tengah vs Wilayah Timur
Pertandingan 3 Penjuru antara Wilayah Utara, Tengah dan Timur telah berlangsung pada 3 November yang lalu. Sebanyak 6 acara telah dipertandingkan termasuklah catur. Saya telah terpilih untuk mewakili pasukan catur Wilayah Utara dan pertandingan telah berlangsung dengan meriahnya di PETRONAS Leadership Centre di Bangi. 

Pasukan Wilayah Utara

Bagi pertandingan catur, setiap pasukan menghantar 5 orang pemain dan pertandingan telah dijalankan secara berpasukan double round-robin dengan kawalan masa 30 minit setiap pemain. Najib Wahab telah dilantik menjadi arbiter pada pertandingan ini. Keputusannya, Wilayah Tengah telah menjadi juara catur dengan diikuti oleh Wilayah Utara dan Timur. Untuk keputusan penuh boleh lihat di sini. Tahniah kepada pasukan catur Wilayah Tengah!

Thursday, November 1, 2012

MOH PERGI SUKIPT 2012!


Sukan Institusi Pengajian Tinggi 2012 baru sahaja dirasmikan baru-baru ini. Konsep kejohanan ini amat menarik kerana ia menggabungkan seluruh IPT di bawah Kementerian Pengajian Tinggi termasuklah IPT awam dan swasta, kolej universiti, politeknik dan kolej komuniti. Terdapat banyak acara sukan yang dipertandingkan termasuklah CATUR!

Persediaan untuk SUKIPT...