Sunday, February 26, 2012

"Opposition"...

"Opposition" ialah istilah yang terkenal dalam fasa ending. Ia merupakan asas kepada permainan ending terutamanya permainan yang melibatkan pawn ending. Dalam gambarajah di bawah, sekiranya giliran hitam bergerak, ia bermaksud hitam terpaksa lari dari opposition dan membenarkan King putih mara dan menceroboh ke kawasannya. Contoh : 1...Kf4 2.Kd3 etc. Untuk mengelakkan King putih daripada memasuki kawasan hitam, adalah amat perlu untuk hitam mengekalkan opposition dan bukannya lari dari opposition. Contoh : 1. Kd2 Kd4 (mengekalkan opposition).

Apakah jenis-jenis opposition dan bagaimanakah mengaplikasikan konsep oppposition dalam fasa ending? 

Direct Opposition

Dalam ruangan Chessbase Magazine baru-baru ini, Dr. Karsten Muller, pakar fasa ending telah menunjukkan satu contoh permainan yang melibatkan pelbagai bentuk opposition. Permainan berikut adalah daripada perlawanan antara Bartosz (2636) vs Ni Hua (2641) yang berlangsung dalam kumpulan A Kejohanan Aeroflot Open 2012. 
Selepas 44.Kxf3



Dalam kedudukan ini, putih memiliki kelebihan 1 pawn, tetapi passed pawnnya berada di belakang pawnnya yang sedang dihalang oleh 1 pawn hitam. Ia lebih dikenali dengan nama "backward passed pawn". Kemenangan putih sangat bergantung kepada kemampuannya melakukan "opposition" terhadap King hitam. 


Dalam kedudukan ini, bagaimanakah hitam mengekalkan kedudukan "opposition" untuk memaksa keputusan seri?

44...Kf7!?
Ini adalah cara terbaik mengekalkan opposition. Ia dipanggil "distant opposition". Kedudukan opposition masih dikekalkan oleh hitam kerana kedudukan Kingnya yang setentang dengan King putih pada f-file dan berada pada petak warna yang sama. Ini adalah contoh opposition jarak jauh.

Mengapakah hitam tidak boleh bermain direct opposition iaitu 44...Kf5?


Ia kerana meskipun ia adalah opposition, tetapi selepas ini putih pula yang memiliki peluang untuk melakukan opposition terhadap hitam dengan bermain 45.Ke3! Hitam akan menghadapi masalah untuk melakukan opposition kerana Kingnya tidak boleh bergerak ke petak e5. Justeru hitam terpaksa bermain 45...Ke6 46.Ke4!
Selepas 46.Ke4 (analisis)
Perhatikan kedudukan di atas, akibat kesilapan hitam bermain 44...Kf5, sekarang putih pula yang melakukan opposition terhadap hitam. Kedudukan ini adalah menang bagi putih. Sekiranya 46...Kf7, gerakan yang patut dilakukan oleh putih ialah mengekalkan opposition dengan bermain 47.Kd5! (diagonal opposition). 47...Ke7 48.Ke5! (direct opposition). 48...Kf7 49.Kd6!
Selepas 49.Ke5-d6 (analisis)
Dalam kedudukan di atas, hasil daripada opposition, putih telah berjaya tiba ke petak penting yang akan membawa kepada kemusnahan pawn hitam di petak g6. Permainan akan berterusan dengan 49...Kf8 (Hitam cuba melakukan diagonal opposition, namun sudah terlewat) 50.Ke6 Kg7 51.Ke7 (direct opposition) 51...Kg8 52.Kf6
Selepas 52.Kf6 (analisis)
Dalam kedudukan di atas, pawn g6 akan dapat ditawan dan seterusnya putih akan menang kerana memiliki sepasang passed pawn. 52...Kh7 53.Kf7 Kh8 54.Kxg6.

Kembali semula kepada perlawanan antara Bartosz (2636) vs Ni Hua (2641), 45.Kg2 Kg8.

Selepas 45...Kg8
Dalam permainan di atas, Ni Hua masih mengekalkan opposition. Ia dipanggil distant opposition kerana kedua-dua King berada pada file yang sama dan pada warna petak yang sama.

46. Kf2 Kf8 (distant opposition) 47. Ke2 Ke8 (distant opposition) 48. Kd2 Kd8 (distant opposition) 49. Kc3 (putih cuba mengenakan trap ke atas hitam) 49...Ke7! 

Selepas 49...Ke7!
Inilah yang dipanggil oblique opposition (istilah oleh Max Euwe) iaitu gabungan antara distant dan diagonal opposition! Karsten Muller menggunakan istilah "Virtual opposition". Perhatikan kedua-dua King berada pada warna petak yang sama. Persoalannya, mengapakah hitam memilih untuk bermain oblique opposition (...Ke7) dan bukannya direct opposition (...Kc7)?  

Sekiranya hitam memilih direct opposition, ia akan membenarkan putih melakukan breakthrough kerana kedudukan King yang jauh dari passed pawn. 49...Kc7? 50.f5 gxf5 51.g6! dan King hitam tidak sempat menghalang pawn g6 dari menjadi Queen.

Permainan bersambung : 50.Kc4 Ke6 (diagonal opposition) 51.Kd3 Kd7 (distant opposition) 52.Kd2 Kd6 (distant opposition) 53.Ke2 Ke6 (diagonal opposition) 54. Kf2 Kd6! (oblique opposition) 55.Kg2 Ke6 (oblique opposition) 56.Kg3 Ke7 (oblique opposition) 57.Kg2 Ke6 (oblique opposition) 58.Kf2 Kd6 (oblique opposition) 59.Kf3 Kd7! (oblique opposition)
Selepas 59...Kd6-d7!

Sekali lagi putih cuba memerangkap hitam dengan trap mamak. Sekiranya hitam bermain 59...Kd5 (diagonal opposition) 60.Ke3! Kd6 (petak d5 tidak boleh digunakan) 61.Kd4! (direct opposition) 61...Ke6 62.Ke4 (direct opposition) 62...Kd6 63.f5 (breakthrough)! 


Permainan bersambung dengan 60.Ke4 dan akhirnya kedua-dua pemain bersetuju untuk berkongsi mata : 1/2-1/2


Moga dapat mempelajari sesuatu...


Armanov,
Bandar Seri Botani, Ipoh.

3 comments:

  1. Menarik! mohon share to my blog.. tapi dengan bahasa Inggeris la... :)

    ReplyDelete
  2. Yes, you can share it in your blog... Bahan dalam B.Inggeris dah banyak dah, Bahasa Melayu la pulak...

    ReplyDelete
  3. haha... takleh lah Abg Rahman.. blog saya dlm BI.. hehehehe

    ReplyDelete