Tuesday, December 27, 2011

Nor Ilhamuddin dan handphone...

Geurt Gijssen
Photo: www.chessbase.com
Mungkin ramai yang tertanya-tanya siapakah dia Geurt Gijssen? Beliau yang dilahirkan pada tahun 1934 adalah seorang arbiter catur yang berpengalaman luas dan pernah menjadi arbiter kepada banyak pertandingan antarabangsa. Beliau juga sering diundang sebagai penceramah di seminar Fide Arbiter peringkat antarabangsa. Antara jawatan yang pernah disandang di peringkat FIDE ialah sebagai Rules and Tournament Regulation committee dan turut juga terlibat dalam penggubalan undang-undang catur FIDE.

Apa yang menarik tentang beliau ialah kesungguhannya berkongsi segala ilmu arbiter dalam ruangan beliau "An Arbiter's Notebook" dalam www.chesscafe.com. Artikel beliau banyak membantu saya memahami FIDE laws of Chess dengan lebih baik. Dalam sekian banyak soalan yang ditanyakan kepada beliau dari seluruh dunia, saya pernah terbaca soalan yang ditanyakan kepada beliau oleh seseorang dari Malaysia, yang bernama Nor Ilhamuddin pada tahun 2008! Saya yakin orang ini sangat terkenal sebagai pemain catur dan juga blogger dari Malaysia (http://2010chessodyssey.blogspot.com/). 


Berikut disiarkan soalan dari Ilham : (Setelah diterjemahkan ke Bahasa Melayu)


Soalan 1 oleh Ilham :
Mr. Geurt Gijssen, berdasarkan artikel 12.2b yang menyatakan “If a player’s mobile phone rings in the playing venue during play, that player shall lose the game.


Apakah akan berlaku sekiranya :


1) handphone itu hanya vibrate tetapi tidak berdering, adakah ia dianggap sebagai berdering dan akan menyebabkan pemain itu tewas?


Thursday, December 22, 2011

Blunder oleh Magnus Carlsen...



Super GM juga tidak terlepas dari melakukan "blunder". Dalam permainan berikut, Magnus Carlsen telah melakukan kesilapan terbesar yang menyebabkan kekalahannya.




(Picture : www.chessvibes.com)


Magnus Carlsen vs Anish Giri, [Wijk aan Zee 2011]


1. d4 Nf6 2. c4 g6 3. g3 Bg7 4. Bg2 d5 5. cxd5 Nxd5 6. Nf3 Nb6 7. Nc3 Nc6 8. e3 O-O 9. O-O Re8 10. Re1 a5 11. Qd2 e5 12. d5 Nb4 13. e4 c6 14. a3 cxd5! 15. axb4 axb4 16. Rxa8 bxc3 17. bxc3 Nxa8 18. exd5 Nb6 19. Rd1 e4 
Perhatikan kedudukan di bawah. Kedudukan putih agak tidak stabil. Sekarang putih akan melakukan kesilapan terbesar. Di manakah Knight f3 itu patut diletakkan? 


Selepas 19...e4


Sunday, December 18, 2011

London Chess Classic 2012

Pertandingan Round-Robin ini baru sahaja melabuhkan tirainya pada 12 Disember yang lalu. Seramai 9 GM menyertainya dan pemenangnya pun sudah diketahui, iaitu GM Vladimir Kramnik. Namun, terdapat sesuatu yang menarik dalam pertandingan ini apabila GM dari US, Hikaru Nakamura berjaya mendapat tempat kedua di hadapan beberapa GM terkemuka yang lain termasuklah Anand dan Carlsen.

Nakamura memiliki semangat tidak mudah mengalah dan kelebihannya terletak pada skill menyerangnya dalam fasa middle game . Dalam pusingan terakhir, beliau yang bermain putih bertemu dengan Michael Adam, pemain tuan rumah.